in

Umpan Terbaik Untuk Siakap Dan Jenahak


Campak mata kail, tak sampai lima minit terus ikan makan umpan. Seronok betul bila situasi memancing macam ni. Sebelum guna umpan ni berpeluh jugak la nak tunggu ikan makan umpan. Tapi sekarang, peluh pun tak sempat keluar. Hahaha.

Ini fakta ye guys.. bukan main-main. Kalau setakat nak selamatkan duit bila masuk kolam berbayar tu memang lepas sangat. Secara umumnya rata-rata orang dah tahu kan, kolem berbayar ni perangkap yang boleh mengundang kerugian yang berganda. Dah la masuk mahal.. tunggu punya tunggu. Berjam-jam pun belum tentu dapat ikan.

So, hari ni disebabkan aku dah jumpa solusinya.. nah aku share dengan korang. Umpan special dari pakcik Rahim, kalau nak mancing ikan siakap ataupun jenahak kat mana-mana kolam berbayar.. memang sangat recommended.

Boleh kata takkan balik dengan tangan kosong. Kalau pakai umpan ni dekat kolam ikan Jugra, Banting lagi mantap. Ikan sana dah kenal umpan adunan ni, baling dalam kolam je ikan terus ngap.

Buktinya, ni haa.. aku dah pernah pakai dan usung sekali anak-anak buah yang baru nak belajar mancing. Walaupun tak ada skill memancing, tapi guna umpan ni.. baling je mata kail dalam kolam.. Zasss, rakus betul ikan makan. Standby je nak tarik ikan banyak-banyak.

Harga pun murah sangat dah untuk umpan ni.. RM5 je sebekas. Sebekas tu kalau pandai bajet nak guna banyak mana kat mata kail, silap-silap boleh lebih daripada jumlah ikan yang kitorang dapat. Dannn.. untuk rekod peribadi, kesemua ikan kat gambar atas tu kitorang mancing tak sampai sejam pun. Terbaik kan.. Hehehe.

So, korang kalau nak test umpan mancing power ni.. boleh contact pakcik Rahim – 0192720648. Lokasi dia kat Bandar Baru Bangi. Nak beli borong jual kata kawan-kawan pun tak ada hal. Dia buat umpan ni untuk suka-suka je. Orang lama menjual ni bukan nak bisnes sangat, cuma nak penuhi masa lapang. 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply
  1. Saya berminat utk dptkan 2 bekas umpan Adunan ini. Saya tinggal di Anggun, Seksyen 4. Bandar Baru Bangi..
    Boleh di hubungi melalui 0129812246, apakah boleh saya pick up sendiri d kws bangi❓TK

Leave a Reply to Mohd anis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *