Udara Segar Bersama Ambi Pur Dan Febreze First Defense

Wah.. Pertama kali aku menggunakan Febreze Ambi Pur House Dust Reducer dan juga Ambi Pur Air Effects, terasa pengudaraan didalam rumah lebih segar dan nyaman berbanding sebelumnya.

Febreze Ambi Pur

Ambi pur Febreze Ambi Pur House Dust Reducer dan juga Ambi Pur Air Effects didatangkan dengam botol yang kecil dan comel. Setiap kali menggunakannya cukup dengan hanya melakukan beberapa kali semburan.

Bagi aku, kedua-dua produk ini merupakan satu kombinasi yang cukup serasi. Bau yang dihasilkan wangi dan menyegarkan, tidak keterlaluan jika aku katakan hingga ia mampu menenangkan jiwa yang sedang tidak keruan. Serius tak tipu.

Febreze Ambi Pur House Dust Reducer

Febreze Ambi Pur House Dust Reducer berfungsi untuk merangkap partikel partikel debu hama, debunga dan juga sel-sel kulit mati yang mampu menyumbang kepada simptom-simptom asma.

Ambi Pur Air Effects
Ambi Pur Air Effects Clean Zest – 1 semburan sudah mencukupi untuk menyegarkan kawasan ruang tamu.

Manakala Ambi Pur Air Effects pula berfungsi dalam mengurangkan 95% alergen bawaan udara dan pada yang sama menyahbau bauan yang tidak menyenangkan.

Jadi tunggu apa lagi, jika korang juga menginginkan pengudaraan rumah yang wangi lagi menyegarkan, cubalah produk ini. Aku jamin ianya pasti memuaskan hati. Murah, mudah didapati di pasaraya-pasaraya terkemuka dan senang digunakan. Harga bagi Febreze Ambi Pur House Dust Reducer ialah RM11.80 bagi 370ml dan RM8.70 bagi 320ml (refill pack) manakala harga bagi Ambi Pur Air Effects ialah RM17.50.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cabaran 30 Hari Day 3

Cabaran 30 Hari Day 4