in

Twitter Bakal Hadir Dengan Had Maksima 280 Aksara


Bagi yang gemar melayari laman mikro Twitter pasti akan pernah mengalami situasi dimana tweet yang ingin dimuat naik mencapai had maksima aksara yang ditetapkan. Disebabkan permasalahan ini seringkali kita melihat pengguna menggunakan pendekatan mencipta bebenang-bebenang bagi menyampaikan tweet yang panjang.

Berita baru yang dikongsikan oleh pihak Twitter, apabila kini mereka bercadang untuk menaikkan had maksima tersebut daripada 140 kepada 280 aksara.

Difahamkan perubahan ini masih lagi diuji pada sejumlah kecil pengguna dan berkemungkinan besar dalam masa yang terdekat ianya akan ditawarkan kepada kebanyakan pengguna berdasarkan tetapan bahasa yang ada.

Namun, turut difahamkan fungsi ini akan dikecualikan kepada pengguna yang menggunakan bahasa Jepun, China dan Korea, ini kerana peratus mereka yang mencapai had maksima dengan menggunakan bahasa ini sangat rendah.

Setakat ini belum ada lagi khabar berita sama ada pihak Twitter turut bercadang untuk menambah fungsi menyunting tweet yang telah dimuat naik. Sekiranya ada, mungkin berita ini lebih menggembirakan pengguna berbanding fungsi pertambahan had maksima aksara. Setuju tak?

p.s: Anda pengguna Twitter? Jom follow @hafizmdrahim


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to lagujepangterbaik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *