in

Tukar Valve Cover Gasket Vios Di Servis Center


Busy punya pasal, lepas dua bulan baru berpeluang untuk buat appointment dengan Toyota untuk tukar valve cover gasket vios. Kalau korang ada baca entri aku servis vios pada mileage 230,000km dan juga entri aku tukar motor radiator fan vios yang berbunyi macam enjin motor bot tu.. mesti korang tau masalah valve cover gasket vios bocor ini agak ketara sehinggakan boleh nampak minyak hitam membasahi tempat yang leaking.

So sebelum aku buat appointment dengan Toyota untuk tukar valve cover gasket ni, first of all aku kena pre order dulu barang tu dengan Toyota. Aku tak sure kenapa kita terpaksa kena pre order, maybe sebab service center tak simpan stok dan benda ni pulak jarang-jarang rosak.

Actually.. Deposit pun takde lah mahal mana pun, cuma 30% daripada harga barang. Dan yang menariknya kat sini, apabila urusan depositnya boleh dibuat secara transfer online. Aku bayar RM50, kemudian whatsapp resit. Cumanya yang leceh bila orang yang control Whatsapp kat Toyota tu entah macam mana dia buat kerja.. dia jenis lambat baca. So, kita sebagai customer kena follow up by call kalau nak make sure mereka terima deposit tu ataupun tak.

Macam kes aku, whatsapp resit petang.. keesokannya baru dia baca. Hampeh. Hampir-hampir aku jadi Hulk. Hahaha

Kemudian selepas 3 hari bekerja, aku dapat mesej melalui Whatsapp juga yang mengatakan barang yang dah di pre-order telah pun diterima. Dan mujurlah appointment untuk penukaran valve cover gasket tu aku dah buat siap-siap masa pre-order.. iaitu 2 hari lepas barang dah sampai. Ngam-ngam.

Dipendekkan cerita.. hari untuk menukar valve cover gasket dah tiba. Maka pagi-pagi lagi aku dah sampai depan service center untuk menyerahkan kereta untuk diperbaiki. Dan aku diberitahu, dianggarkan tempoh masa untuk menukar benda alah ni agak lama.. jadi aku decide untuk masuk office dulu dan sekiranya dah siap nanti, aku minta diorang call.

Agak mengejutkan selang 2 jam selepas itu, aku terima panggilan daripada Toyota yang memberitahu aku bahawa kereta dah siap. Dalam hati.. Wow! laju. Serius rasa kagum kejap. Lajunya mengalahkan tempoh menunggu servis biasa. Hahaha.

So, bila kereta dah siap. Masa lunch aku gerak dari office aku naik grab. Dan sampainya aku di service center, aku minta diorang tunjuk gambar apa yang diorang dah buat.

Tadaaa.. ni haa. Dibukanya valve cover kereta aku menampakkan parts didalamnya. Diorang bulatkan sekali tempat yang leaking teruk.

Okay la.. sebenarnya pun memang aku dah tau. Cuma suruh diorang ambil gambar sebab nak tahu betul ke tak diorang buat kerja. Dan.. gambar tu jugak sebab nak letak dalam blog. Hahaha.

Jadi, kereta dah siap. Nak bayar baki 70%, sekali lagi aku dikejutkan. Sebab, bila dihulur resit rasmi.. rupa-rupanya kos sebenar adalah RM52.36 sahaja. Adoyai.. murah je sebenarnya. Ingatkan mahal sangat. So, tolak deposit RM50.. jumlah cash yang aku bayar adalah RM2.36. Macam bayar beli roti je. Hahaha.

p.s: Cuma ada satu pengalaman yang tak menyeronokkan tadi, bilamana masa aku on the way balik ke office. Kereta macam ada rasa jerking (tersengguk-sengguk). So, aku pergi balik ke service center untuk minta diorang periksa semula. Dan bila siap diperiksa, katanya ada air yang masuk kat bahagian plug. Not sure macam mana air tu masuk. Maybe masa diorang buka cover tu kot. Tapi yang penting.. bila diorang kata dah keringkan, problem tu pun dah tak ada lagi. Alhamdulillah. 🙂

Nota: Toyota bagi warranty 1 tahun atau 20,000km (whichever comes first).


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

9 Comments

Leave a Reply
  1. Saya baru perasan hari ini kereta saya mengalami masalah yg sama,ada leaking minyak pada bahagian cover valve,saya tidak dapat membaiki kereta saya dalam masa terdekat ini.soalan sya,takpe ke kalau sya pakai dlu kereta sya dalam keadaan bgitu ada leaking minyak,tak effect engine ker.sya takde pengalaman sangat pasal kenderaan ni.

    • Setiap hari sebelum pergi mana-mana, check dulu paras minyak enjin. Kalau kurang boleh topup untuk mengelakkan minyak enjin kering. kalau kering, lagi teruk masalah nanti. Ada masa boleh pergi tukar gasket. Tapi disarankan buat secepat yang mungkin.

  2. sy br dpt call drp service advisor toyota berkaitan perkara yg lbh kurg sm…disbbkn sy ni xphm sgt bab kereta or mayb advisor tu ade plan utk menipu,bnde yg die inform tu agk kurang jelas.Yg sy dpt tangkp point die is gasket,ade leaking and bnde tu terletak pd atas engin kereta and bahaya..safety isu katenye so die gtau sy bnde ni urgent and kosnye agk memeranjtkn bile advisor tu ckp 1k…and if buat kt toyota bole cecah 2k..yg die offer tu buat dgn die and die claim die ex mechanics yg da byk exp..die offer utk die buatkn tp brg die akn bli drp toyota…siap tnye brape bajet sy..yg sy nmpk persamaan isu kereta sy dgn tjuk blog ni is brg tu ade warranty dlm sthn or 20000 km..so persoalnn sy,pd pndpt awak,adakah sy sedang ditipu???sy pki vios 2011

    • Kalau saya, saya pergi service center dulu untuk kepastian. Diorang periksa leaking tu tak ada kenakan apa-apa caj pun. Dah tahu apa masalah dan barang apa yang perlu tukar, baru decide nak buat kat mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *