Tukar Theme Lagi.. Bye Genesis

Kali terakhir major upgrade untuk theme blog Hafiz Rahim adalah pada tahun 2012 yang mana pada ketika itu theme dan framework yang menjadi pilihan adalah Genesis.

Sana sini heboh tentang keberkesanan theme Genesis ini dalam mengukuhkan lagi result Search Engine Optimization (SEO) sesebuah blog sehinggakan aku juga terpengaruh untuk turut sama terjebak dalam kancah penukaran theme yang dikatakan mesra SEO ini.

Tetapi, bertitik tolak semalam 27 Disember 2016, iaitu lebih 4 tahun menggunakannya Genesis, aku mengambil keputusan untuk mencari pengganti lain yang lebih menepati citarasa.

Apa yang aku inginkan daripada sesuatu theme bukan sahaja mesra SEO, malah ia juga mampu menarik perhatian pembaca untuk “melekat” lebih lama kepada blog picisan ini. Perhatian yang dimaksudkan tak lain tak bukan, iaitu susun atur sesebuah layout sama ada ia kemas, menarik dan juga cantik mata memandang.

hafiz-rahim_mockup-desktop

hafiz-rahim_mockup-mobile

Langkah nekad aku ibaratkan langkah kanan, apabila theme yang disukai bukan saja harga lebih masuk akal, malah turut diberi diskaun sempena Black Friday.. Jimat.. 😉

Dari sudut pandangan mata kasar dan speed test pula, tiada perubahan drastik yang dapat dikesan. Blog Hafiz Rahim masih mampu mengekalkan loading speed dibawah 3 saat.

Cuma, mohon korang sebutkan perkataan keramat dibahagian header tu berkali-kali setiap kali log masuk blog aku ya. Kan setiap kata-kata tu adalah doa. Aminn.. Alhamdulillah. Hehehe

p.s: Apa komen korang? Tinggal nak touch up sikit-sikit lagi ni. Logo dan text dekat header tu pun temporary je.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Telegraph, Platform Penulisan Terbaru Daripada Telegram

MagicMockups – Tools Berguna Untuk Pembangun Laman Web Dan Applikasi