in

Tukar Tayar Vios Kali Ke-6


Tayar dah sampai masa nak kena tukar. Macam biasa, pergi kedai yang dah biasa. Sebab dah tahu macam mana hasil kerja dan range harga, perangai tokey pun takde jenis push tukar barang itu, barang ini. Dan stok tayar yang memang aku nak pun memang selalu ada kat situ – Bridgestone Potenza RE080.

Tayar jenis ni dah beberapa kali aku pakai dan secara jujurnya, memuaskan hati dengan kualiti dan ketahanan. Life cycle average dalam setahun setengah paling minima. Kalau pakai cermat sikit boleh pergi 2 tahun. Bagi aku itu dah cukup baik sebab aku ni kaki tekan je. Bawak slow jarang-jarang. Hahaha.

So pergi kedai tayar V Plus Auto System kat Seksyen 7 Bangi, cakap je nak tayar yang sama saiz 180/60/R15.. pastu tokey quote sebiji tayar jatuh harga RM170. Dalam hati.. wahh dah murah sikit. Sebab kali terakhir aku datang sebelum ni harga RM175 sebiji. Total 4 biji kira aku dapat jimat RM20 dan bestnya harga tu dah termasuk balancing dan alignment.

Bila dah setuju nak proceed, tokey ambil kereta.. Park betul-betul. Lepas tu apa lagi, kasi settle la.

Stok tayar baru. Dibuat pada tahun 2020.

Ini haa.. tayar-tayar lama. Dah makan sebelah. Kalau dibiar ni nanti silap-silap keluar dawai pulak. Hahaha.

Tak sampai sejam semuanya selesai. Dan aku bayar, dah boleh balik. Yeay.. itu je la cerita tukar tayar kali ni. Tak ada nak cerita lebih-lebih sangat, sebab semuanya macam biasa. Next nanti aku cerita pulak aku servis Toyota Vios aku untuk mileage 260,000km dan masih servis di Toyota Service Center. Hehehe


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *