in

Tukar Tayar Lagi.. Kali Ini TOYO NanoEnergy 3 Pilihan Aku


First time ever sarungkan tayar jenama TOYO pada kereta aku. Sebelum ni dah jadi macam pengguna tegar Bridgestone bila mana daripada mula-mula pakai encik dugong, hanya jenis Bridgestone Ecopia ataupun Bridgestone Potenza saja yang jadi pilihan.

Namun, lepas membaca beberapa feedback daripada beberapa buah forum baru-baru ni, i’ve made up my decision, iaitu.. jump ship ke jenama tayar lain pula. Dan jenama baru yang dipilih adalah daripada jenama TOYO.

Tayar TOYO dari jenis NanoEnergy 3.

Pilihan ini dibuat berdasarkan feedback yang bagus daripada pengguna yang telah menggunakan tayar jenis ini. Disarungkan pada rim 15″ kereta vios aku, dari segi penawaran spec.. difahamkan tayar adalah tayar jenis eco friendly.

Selamba dia je pakai hydolic jack gini.. empat-empat tayar pulak tu. Kiri kanan. Tergantung diawang-awangan dugong aku. Terlanggar jack, confirm tergolek dugong aku. Hahaha

Dari segi design pula, ianya tak nampak jauh berbeza berbanding dengan design tayar Bridgestone Potenza RE080. Cuma, perbezaan ketara dapat dilihat pada bilangan alur di permukaan tayar; untuk Brisgestone ada 3 alur, manakala untuk TOYO NanoEnergy 3 ada 2 alur.

Harga?

Not sure kat tempat lain berapa harga yang dijual. Tapi, since the day masa aku nak tukar tayar tu aku berada di rumah adik ipar aku di Klang, so alang-alang aku pergi Kedai Papan. So, dapat lah beli tayar Toyo NanoEnergy 3 ini dengan harga yang lebih murah. Iaitu bersamaan dengan RM170 sebiji – free balancing.

Ini la kedai papan yang popular tu. Bukan papan pun, batu jugak. Hehehe

First ride bersama TOYO NanoEnergy 3

After 1 week menggunakan tayar TOYO ini, perbezaan yang agak ketara dapat dirasakan bilamana tayar TOYO NanoEnergy 3 ini ianya lebih ringan berbanding Potenza RE080. Ringan yang dimaksudkan, ringan pada steering. Lebih mudah nak manuver ke kiri ataupun ke kanan.

Disamping itu, perbezaan lain yang juga ketara dapat dirasakan apabila tayar ini lebih senyap dan juga stabil ketika melanggar lopak air (aquaplanning).

Disclaimer (melalui pengalaman sendiri):

  • Bunyi pada tayar ketika high speed cruising (120-130 km/j) lebih senyap (not sure kenapa, but pernah baca kesan ini datang daripada design tayar itu sendiri).
  • Dan pada ketika hari hujan dan jalan basah, pada kelajuan 80-90 km/j dan terlanggar lopak-lopak air, tiada masalah ketara kereta lari ke kiri ataupun ke kanan. Dengan kawalan steering yang minimum masih lagi mampu bergerak dalam keadaan lurus. Dan braking ketika hujan juga tak merisaukan.

Okay, so far based on apa yang aku terangkan secara ringkas di atas, dapat dikatakan aku berpuas hati dengan tayar TOYO NanoEnergy 3. Kalau tanya balik adakah aku bercadang nak tukar pakai kembali ke Bridgestone Potenza atau Ecopia? Mungkin tak sebab, rasanya aku dah jatuh hati pada TOYO NanoEnergy 3. Cuma, kalau ada perbezaan harga yang agak banyak.. kena sacrifice juga la beli mana yang lebih murah. Hahaha.

Tayar lama, 2 biji makan dalam.
TOYO NanoEnergy 3 a.k.a NEO3

p.s: Tayar TOYO NanoEnergy 3 bukanlah termasuk dalam kategori performance tyre, so daripada info yang aku kongsikan diatas, sila take note bahawa tayar ini adalah bersesuaian dengan family car sahaja. Ko nak masuk race, nak layan corner.. boleh je guna. Tapi risiko kena tanggung sendiri. Hehehe

p.s.2: Ini merupakan tayar ke-4 untuk vios aku – Tayar stock Toyota (Bridgestone Potenza RE080) > Bridgestone Ecopia EP200 > Bridgestone Potenza RE080 > TOYO NanoEnergy 3. Penukaran tayar kali ini dibuat selepas mileage tayar mencecah 58,000 km (cepat sikit botak kali ni sebab banyak travel long distance beberapa bulan lepas). So, nanti.. let’s see how far TOYO NanoEnergy 3 ni boleh pergi (kena tunggu lepas setahun dua).

p.s.3: Kalau saja-saja dari Bangi nak datang tukar tayar kat Kedai Papan, Klang.. memang aku tak datang kot. Kos tol, minyak dan masa ulang alik je dah habis berapa. Buat kerja pun tak la cermat dan laju sangat. So-so je.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply
  1. Terbaik bro.. baru ingat nk tukar Bridgestone Ecopia EP300 tp bila buat survey Tayar TOYO NanoEnergy 3 lebih hampir standing.. dan hargany jauh lebih murah.. dan menepati semua2 ciri yg aku perlukan utk innova aku yg slalu travel jauh.. difahamkan tayar bunya tahan n ramai yg komen kata bunyi senyap.. dan hargany lebih murah dr pesaing2 yg lain..

  2. yer nano lebih baik..getah tayar lebih mesra dengan tar…kawalan strering akan trasa lebih sedap seperti apa yg kita maukan…hehee…kalau nk bli…jgan walk in..beli on line murah2 jer dari walk in….bagi yg tak perlukan cepat sangat tuk penukaran..tak lama cuma sehari dua bergantung keadaan kereta dibengkel…selamat membeli dan menang memakai yer..hehe

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *