Hari ni tukar tayar kereta buat kali ke-5. Cadangnya nak tukar 2 biji tayar belakang je sebab dah macam nazak makan sebelah. Tapi wife cakap tukar je empat biji terus bagi sama semua.
Disebabkan bajet tu ada, maka aku pun setuju je dan dua tayar depan yang masih separuh tebal bunganya, aku buat spare in case ada emergency macam dulu.
So, disebabkan dah buat decision untuk tukar semua tayar dan aku pun dah malas nak survey harga kat kedai.. kitorang just pergi kedai yang pernah kitorang pergi sebelum ni. Kedai Bridgestone, Perkhidmatan Tayar V Plus Auto System kat Seksyen 7.
Tayar yang dipilih pula, sama seperti tayar yang dibekalkan oleh Toyota masa aku beli Vios ni dulu iaitu Bridgestone Potenza RE080. Harga? Dapat la RM175 sebiji. Darab empat jadi RM700.
So, pomen cabut tayar.. tukar tayar.. pasang balik tayar.. tiba-tiba dia darang panggil.
Bang, skru chamber kena tukar ni.. sebab alignment teruk sangat.
Ahhh.. ni yang letih ni. skru chamber tu mahal kot. Tapi memandangkan situasi aku ni tak kronik, dan skru chamber yang perlu ditukar pun seketul je. Jadi, aku bagitahu dia untuk proceed je. Malas nak fikir lebih-lebih. Dan kos, bertambah RM65 menjadikan kos keseluruhan RM765.
Bagi aku harga dia masih reasonable la sebab dari segi servis dia aku tahu kedai ni tak mengarut macam kedai lain yang suruh tukar itu ini yang tak berkaitan.
Dan dari segi performance tayar pula, memang aku dah serasi sangat dah dengan tayar Bridgestone Potenza RE080 ni. Grip kat cornering ok, high speed ok tak berdengung.. dan aqua planning pun acceptable.
So, kita tengok berapa lama pulak tayar yang aku baru tukar ni tahan berapa lama. Hopefully lepas lagi setahun setengah ok dah kot.
Oh ya, tadi masa check tayar.. pomen ada nampak leaking kat absorber belakang. Dia kata macam teruk dan suggest untuk tukar. Tapi, disebabkan harga yang dia quote tu bagi aku macam mahal iaitu RM230 per absorber (RM460 sepasang). So aku decide untuk tukar kat kedai lain.
Dan.. disaat entri ini aku publish, absorber tu dah selamat ditukar dah pun. Berapa kos? Kat mana tukar? Nanti aku cerita next entri ok.