Tukar Skrin Handphone Pecah

Kesian betul aku tengok handphone isteri yang dah terlampau daif tu. Dah berbulan dia guna dengan skrin yang pecah.. bahagian yang pecah tu pulak mula tertanggal satu per satu.

Skrin Samsung S3 retak

Puncanya, jatuh la. Terlucut daripada tangan Khair masa makan kat kedai makan tempoh hari.

Jadi, disebabkan aku ni suami yang penyayang (sangattt..), semalam lepas selesai servis kereta, aku bawa wife pergi Plaza Low Yat. Just untuk survey-survey berapa cas untuk tukar skrin S3 yang dah rosak.

Dari satu kedai ke satu kedai aku pergi. Tanya punya tanya, majoriti meletakkan harga diantara RM130-150. Dan dalam sebut harga yang banyak-banyak tu, antara tawaran yang paling menarik aku dapat,  RM150 termasuk skrin protector (tempered glass punya, ambil pisau toreh pun tak calar) bersama waranti sebulan (kebanyakan kedai lain, tak provide waranti.. gila apa).

Bagi aku dah okay sangat dah deal tu. Murah dan berbeza gila dengan sebut harga yang pernah aku terima masa skrin henpon ni mula-mula pecah dulu.

Tempoh pemasangan skrin baru pun tak lama. Dalam sejam je. Pusing-pusing cari makan kejap, datang balik kedai, siap!

Repair skrin S3
Dah tukar skrin baru, terus beli casing yang tahan impak. Sebab taknak kejadian yang sama berulang lagi. Hehehe.
Casing S3 tahan pecah
Murah je. Cuba teka berapa harga?

So, kalau skrin handphone korang pecah dan korang nak repair. Boleh pergi Low Yat. Sana murah. Takde lah ralat sangat nak bayar.

p.s: Casing pink bukan aku punya, isteri punya. Casing handphone aku kaler kelabu. :p

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

21 Comments

Leave a Reply
  1. Kt lowyat tu berpuluh puluh kedai tmpat repair hp. Hang pegi kedai mana satu?. Kan senang kalau bgtau terus nama kedai tu….

    • Kedai banyak.. orang yang jaga bertukar-tukar.. kalau aku bagitau nama kedai, kang ko dapat harga lain.. marah pulak. Dah bagitahu kat lowyat, pandai-pandai la tanya kedai kat sana. Range lebih kurang sama je semua, pandai deal lagi murah dapat.

  2. Nak tanya… phone isteri encik tu retak bhgn skrin protector atau skrin glass?
    Huhu… saya punya pon retak… harap boleh dibaiki

Leave a Reply to Haris Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *