Tak tahu lah kenapa aku boleh setia sangat dengan Digi ni. Bukan tak pernah pakai telco lain pun.. pernah je. Tapi.. Mungkin sebab Digi ni pandai tarik minat pengguna dengan pakej-pakej murah kot, tu sebab asyik ter-setia je walaupun kadang-kadang coverage Digi ni macam haprak gak. Hahaha.
Terkini, aku tertarik dengan plan Digi Postpaid Family Unlimited. Bayar RM200 tiap-tiap bulan akan dapat unlimited data untuk main line dan juga 2 subline. Maksudnya aku ada 3 nombor (1 nombor aku, 2 lagi nombor anak-anak aku), didaftarkan ke dalam 1 bil.. lepas tu ketiga-tiga nombor dah boleh share unlimited data.
Unlimited data tu pulak dapat yang high speed data.. siap 5G ready.. cuma malangnya iPhone 11 aku dan telefon anak-anak aku tak support 5G. Jadi cukuplah sekadar 4G coverage je yang dapat. Hahaha.
Walaubagaimanapun, penggunaan terma unlimited data ni kat mana-mana telco pun korang jangan nak cepat percaya sangat. Takdenya diorang baik hati nak bagi unlimited sampai takde had limit. Dia mesti ada limit kat mana-mana pun. Dan untuk plan Digi Postpaid Family Unlimited ni, lepas aku baca secara terperinci terma dan syarat, Digi ada tertulis fair usage policy (FUP) adalah 999GB maksima setiap bulan.
Makna kata, plan ni memang tulis unlimited.. tapi kalau penggunaan data mencapai 999GB setiap bulan, data yang digunakan seterusnya akan dikurangkan kelajuan (cap speed) jadi 2G sahaja (maksima 40 kbit/s). Haaa gitew..
Tapi..
999GB setiap bulan untuk 3 biji phone. Kat rumah pulak dah tersedia unifi 500Mbps unlimited data jugak.. jadi bila masanya nak habis data 999GB yang Digi bagi tu kan.
Sebagai rujukan, aku heavy user pun maksimum boleh guna dalam 70GB data je sebulan.. yang mana kebanyakan data digunakan untuk FB, IG, Twitter, Tiktok, Email, Shopee, Netflix, Disney+, Apple Music dll. So anggaran kasar, memang takkan capat limit la penggunaan kitorang. Hehehe.
Okay.. itu baru part kuota data.
Yang lagi membuatkan aku tertarik untuk tukar ke plan Digi Postpaid Family Unlimited ni.. sebabnya..
Tadaa.. iPad WiFi (9th generation). Digi bagi FREE lepas signup plan ni.. Hohoho.
Kalau nak beli, memang tak la. Sebab dia bagi free baru aku semangat membuak-buak nak tukar pakai plan ni. Cumanya, untuk dapat iPad free ni, hari tu kitorang kena bagi nama la untuk masuk waiting list. Macam aku kena tunggu 2 minggu jugak kot, baru pihak Digi call untuk maklumkan stok iPad free dah ada.
Yelah.. benda free kan. Siapa je tak nak. Dan tak dilupakan juga, masa terima iPad free ni nanti.. main line sahaja akan diikat kontrak selama 2 tahun (bagi aku takde masalah pun, memang dah lama pakai Digi.. so okay je). Hehehe.
Dah dapat iPad tu.. aku bagi anak-anak je kongsi pakai. Tapi bagi pakai tu lebih kat Haziq sikit la. Buat tengok Youtube, buat main game. Ye laa.. lama sangat dah dia bersabar dengan phone dia yang kronik tu. Phone lama dia, nak tekan pun kadang-kadang dah tak detect. Punya la tinggi tahap kesabaran dia, kesian lak tengok. Kalau aku kat tempat dia.. phone tu mungkin dah berkecai kena lempar. Hahaha.
Cerita selingan yang tak best skit – Untuk dua subline plan ni.. kalau ikutkan aku nak MNP je nombor cantik yang aku dah beli dan pakaikan untuk phone Khair & Haziq. Tapi disebabkan Celcom buat perangai.. nak port out sampai ke sudah tak hantar SMS, jadinya aku terminate je terus nombor tu dengan celcom. Dekat Digi aku daftar nombor baru. Selesai masalah.
mcm best je.
Pakai Digi juga… Amik nombor sub line untuk anak2.. Contrack nak habis dah nie… Boleh usha pakej2 yang ada dekat Digi
Boleh pergi queue dulu bro.. sebab nak tunggu ada stok tu ambik masa gak.
pergh…ipad free…teringin gak…tp komitmen tak mengizinkan lg. haha
Whuaaaa bestnye tgh plan nk tukaa jugak ni tp bulanan 200 eh haha
200 kongsi 3 nombor
Celcom memang problem kan kalau nak port out. Hari tu pun sama nak port out, berzaman tunggu pastu dia bley cakap tak layak nak tukar. Bukan problem kt celcom pn sbenarnya tpi celcom lak lebih2. Gerammm. Last2 beli jer no. lain. Sy pkai maxis skrg sbb sublime no. Husband. Laju internetnyaaa
kalau bukan digi user , tapi nak ambil pakej 200 dan ipad boleh ke bro ?
Boleh je
T.kasih tuan. Saya dapat info dari blog tuan. Terus saya tukar plan pd 27/02/2023. Di Digi Chukai, Kemaman masih banyak stok. Saya dapat ipad immediately.
Terbaik
saya pun tukar plan digi… cuma ambil tab Samsung. sekali bayar je… rasa berbaloi jugalah dengan pakej Digi offer ni… ni tengah usha lagi… nak cari phone baru pula…ganti phone sedia ada…
Bagus post ni, thanks for sharing