Alang-alang semalam bercuti, sempat aku singgah ke bangunan MPKj yang terletak berhampiran Hospital Kajang bagi menukar nama pemilik cukai pintu rumah yang dibeli tahun lepas.
Apa itu cukai pintu?
“Cukai pintu ataupun cukai taksiran tahunan, adalah salah satu jenis cukai yang dikenakan kepada rakyat di negara kita. Cukai pintu ini perlu dibayar 2 kali setahun iaitu pada 28 Februari dan 31 Ogos setiap tahun bagi mereka yang memiliki pegangan persendirian seperti bangunan kediaman, bangunan komersial, bangunan industri, tanah pertanian dan termasuk rumah kosong, tanah kosong ataupun lot tanah yang belum dibangunkan.”
Tukar Nama Cukai Pintu
Didalam prosedur penukaran nama, prosesnya cukup mudah. Apa yang korang perlukan hanyalah dengan membeli sekeping Borang I (Notis Jualan atau Pindah Milik) yang berharga RM 2.00 di Unit Hasil, Tingkat 1, Menara MPKj Kajang ataupun ianya juga boleh didapati secara percuma di laman web MPKJ melalui link muat turun Borang I.
Anggaran tempoh yang diperlukan untuk melalui proses ini hanya mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja dan semestinya ia juga bergantung kepada situasi berapa bilangan kaunter yang dibuka. Antara dokumen yang perlu dilampirkan adalah:
- 1 Salinan Kad Pengenalan
- 1 Salinan Perjanjian Jual & Beli (S&P) atau 1 Salinan Geran
- 1 Salinan Resit Cukai Pintu terkini yang telah dibayar (*tunggakan perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum proses tukar nama)
Borang yang telah siap diisi bersama lampiran yang diminta kemudiannya hendaklah dihantar kepada pegawai bertugas di kaunter B (Kaunter Pertanyaan).
Okay, itu sahaja. Siap! Kerja mudah bukan?
*Maklumat tambahan:
Kini proses pembayaran cukai pintu boleh dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Anda diberi pilihan untuk memilih sama ada ingin membayar melalui kaunter pembayaran, pejabat pos, kaunter pandu bayar, bayaran atas talian mahupun kiosk bayaran yang telah disediakan.
Lebih kurang mesin ATM je ni.
p/s: Tak sangka betul cepat macam ini prosesnya. Ingatkan kena tunggu berjam-jam.
kena tukar nama yea. jangan lupa bayar cukai.. =)
mesti ramai orang tak tahu lagi nih..
bayar guna kiosk memang mudah dan cepat, cuma mesin ni agak terhad ditempat awam.
Penyewa rumah cam aku nie memang tak pernah fikir pasal cukai pintu nie
Hahaha.terima kasih bro kongsikan..kurang2nya tambahkan ilmu saya walaupun masih tiada lagi pengalaman dalam bab ni..hehe
i say baru teringat lah cukai pintu belum bayar lagi
Senang sudah tukar nama.
Salam,
Panduan tukar nama cukai pintu terbaik! Banyak dapat snap gambar. Bagus blogger ni.
Masih belum paham cukai pintu nih.
I baru jer hantar borang untuk tukar nama cukai pintu, tapi bila I hantar dia tak bagi receipt atau cop ape ape borang untuk I punya rujukan.
Betulke cara mereka? Should i go back to the office again?
Yerp. Betul dah tu. Once dah hantar borang, diorang akan update dalam bil yang akan datang
Oh ye ke..ok! Thanks for the info 🙂
Kalo xbawa snp xpe ke? Perlukan dokumen sokongan lain?
Assalamualaikum..
informasi yg sgt berguna..terima kasih tuan
Salam.Nak tanya..kalau nak tukar nama untuk cukai pintu ni kena tukar penama kat geran kepada nama kita dulu ke.?
terima kasih byk2 atas info ni. info yg clear dan mudah difahami. moga Allah berkati usaha saudara. 😊
Assalamualaikum, kalau cara tukar nama cukai tanah?
Boleh Ka hantar borang secara email..
Siapa yg kena tukar nama.. pembeli atau penjual ?
Pembeli
tapi bagaimana kalau saya bayar online cukai pintu tu? macam mana saya nak dapat kan 1salinan cukai pintu??
Ribuan Terima kasih, kerana penjelasan cukup senang difahami dan diikuti, kamu yang terbaik !
bagaimana nak tukar nama cukup pintu secara online? ada step by step tak?
hyee kat mana nak dapatkan borang secara online sebab saya dah cari kat website tak jumpa.
salinan cukai tu nk amik kt mana…kat owner lama ke