in ,

Yes! Dah Tukar Motor Radiator Fan Vios Aku Yang Rosak


Selesai sudah tukar motor radiator fan vios aku. Buat kat bengkel luar je yang namanya CASUMINA TYRE (M) SDN BHD. Sebab kawan aku rekemen katanya lebih murah. Kena pulak dengan situasi poket sekarang tak berapa nak berduit, bila dah ada kawan kata jimat.. laju je la aku pergi kan. Huhuhu.

Well.. selalunya kalau bab bengkel luar ni, aku agak skeptikal dan memilih jugak sebenarnya. Yelah, dengan workmanship sesetengah bengkel tu yang kadang-kala kelaut tambah pulak dengan ada jenis kedai yang foreman suka paksa kita tukar itu ini sedangkan benda yang disuruh tukar masih boleh diguna pakai. Pantang betul aku pergi kedai macam ni. Kalau aku terkena.. memang itulah first and last. Tapi, nak dijadikan cerita..

Kali ni aku agak bernasib baik. Sementelah radiator fan aku mengeluarkan bunyi yang kurang enak beberapa hari yang lalu, lepas diperiksa oleh foreman daripada bengkel CASUMINA TYRE (M) SDN BHD yang kawan aku sarankan ini.. terus terang dia terus bagitahu aku bahawa tiada barang lain rosak, kecuali motor radiator fan.

Dalam hati aku.. Fuhhh lega.

Kerana dari awal lagi aku dah syak bahawa motor radiator fan ini yang memang problem. Sebabnya, bunyi yang dikeluarkan di engine bay ketika kipas sedang berpusing lebih kurang macam motor kipas meja aku yang rosak kat rumah. Grukkkk… grukkkkk… grukkkkk. Kasar weh. Bunyi macam motor bot. Hahahaha.

So, bilamana dah confirm bahawa motor radiator fan ni rosak. Aku pun bertanya jugak lah dulu berapa harga kalau nak tukar. Dah menjadi habit aku, kalau pergi bengkel.. sebelum tukar apa-apa barang aku akan tanya harga dulu. Kalau rasa mahal, memang aku tak buat.

Jadi.. korang agak-agak berapa? Cuba teka. RM400? RM500? RM600?

Tetttt… Salah!

Harga motor radiator fan yang ditawarkan pada aku cuma RM280 je. Yes, korang tak salah baca. Cuma RM280 untuk motor radiator fan vios. Brand Denso sama macam motor radiator fan asal yang terpasang dalam ruang enjin vios kita.

Wehh.. Serius. Masa dia bagitahu aku, agak terkejut beruk jugak la (tapi cover buat-buat macam cool.. Hahaha). Sebabnya sebelum ni aku pernah mintak quotation dari satu service center.. harga yang ditawarkan untuk motor radiator fan yang sama adalah berharga RM680+. Itu tak termasuk labour charge. Harga ketuk orang betul.

Ni harga yang bengkel CASUMINA TYRE (M) SDN BHD bagi, murahnya lebih 50% daripada harga asal. Syukur Alhamdulillah. Wehh.. rasa lega gila. Yelah, benda tak dijangka rosak.. risau gak kalau terlebih belanja. Habis budget bulanan nanti. Hohoho

So, bila aku dah agree dengan harga yang ditawarkan.. foreman pun mula buat kerja-kerja penukaran motor radiator fan vios aku. Dia bukak skru sana, bukak skru sini. Cabut hos radiator bagai.. kemudian.. tadaa..

Ini dia motor radiator fan yang rosak.

Original daripada kilang, brand Denso – Made in Indonesia. 8 tahun dah dia berjasa untuk aku. Tiba giliran untuk ia ditukar. Bila aku pegang, terasa la rotor kat dalam longgar. Kokkk… kokkk… kokkk bunyinya bila digoncang. Berbeza dengan motor radiator fan yang baru, goncang macam mana pun tak berbunyi.

Dan nak dijadikan cerita yang lebih mengujakan.. bilamana replacement motor radiator fan yang berharga RM280 tu.. aku sangkakan pada awalnya Denso yang sama buatan dari Indonesia.

Tapi.. tapi.. tu dia..

Dia bagi yang made in Japan terus bang. Dalam hati aku.. Wow! Barang made in Japan tu. Ini kalau buat kat bengkel lain, tak ada nya aku nak dapat dengan harga ni. Betul tak. Hohoho.

Jadi, bila aku dah puas belek-belek motor radiator fan yang baru ni. Aku pun pass la motor tu pada foreman untuk dipasang.

So far, dari segi workmanship foreman ni pulak.. Memang aku puas hati jugak. Apa yang aku perasan, foreman yang bernama Safwan tu pun buat kerja cermat. Setiap benda yang dia buat, dia terangkan. Siap bagi tips penjagaan kereta lagi bila dah serasi bersembang. Hehehe.

Pakai coolant original untuk ganti balik coolant lama yang dah berkurang.

Oh ya, alang-alang tukar motor radiator fan tu.. foreman Safuan ni jugak tolong aku buat pemeriksaan bahagian-bahagian kereta yang lain. Macam dia tahu kereta aku ni dah lama guna sebab aku ada cerita kat dia sikit-sikit bila beli kereta ni semua.. So dia periksa habis kondisi enjin kereta dan juga alignment dan balancing tayar.

Untuk pemeriksaan enjin, dia confirmkan head gasket aku leaking (siap pakai cermin apa entah yang macam doktor gigi pakai tu untuk tunjuk betapa banyaknya minyak dah meleleh kat bahagian belakang head enjin). Kemudian throttle body pun dah kotor gila.

Well.. aku tak sangka pulak throttle body vios aku kotor seteruk macam tu. Dah berkeladak. Jadi, dia offer untuk cuci bagi bersih balik supaya intake angin yang akan bercampur dengan minyak lepas ni jadi lebih smooth.

Lepas tu pulak, bila dah settle semua kat bahagian enjin. Dia bawak kereta vios aku untuk pergi cuci. Cuci biasa je, tapi termasuk cuci bahagian enjin. Kasi cuci dengan chemical kat dalam engine bay. Bila dah siap.. weh! gila cun bila dah cuci. Bersih. Hahaha.

Tercabut nombor plat kereta aku sebab kena tembak dengan angin. Nasib baik diorang perasan dan gam balik. Hahaha

Dan akhir sekali lepas dah cuci dia bawa kereta aku untuk pemeriksaan tayar pulak, dimana masa pemeriksaan dibuat.. alignment dan balancing dia tune bagi elok balik. Tayar depan pun dia rotate letak ke belakang, manakala tayar belakang pulak letak di depan.

Dalam masa yang sama, masa pemeriksaan tayar dia ada inform aku sekali untuk betulkan camber kerana camber tayar depan aku yang dah lari banyak, sampai kan tayar dah makan sebelah. Adoi.. patutla bila layan corner je terasa macam understeer. Ni semua salah lubang kat jalan.. langgar lubang habis lari camber.. hadehhh).

So, bila dah selesai semuanya.. kira aku puas hati sangat la. Dengan total kos dalam RM600 untuk kesemua parts termasuk workmanship yang aku cerita ni, memang sangat berbaloi aku datang dari Bangi semata-mata nak betulkan kereta. Tersangatlah berbeza dengan quotation awal yang aku dapat dari sebuah service center tu yang berharga RM600+ hanya untuk motor radiator fan sahaja. Hohoho

Pecahan kos kesemua parts termasuk workmanship di CASUMINA TYRE (M) SDN BHD.

  • Motor radiator fan Denso Made in Japan – RM280
  • Toyota Coolant (untuk ganti balik coolant yang dah keluar masa tukar motor) – RM40
  • Servis throttle body – RM80
  • Radiator cap (aku tukar baru sebab yang lama dah keras) – RM30
  • Adjust camber – RM35
  • Alignment dan rotate tayar – RM45
  • Cuci kereta sekali cuci enjin – RM32
  • Labour charge – RM60

So next time maybe untuk servis aku akan cuba datang sini lagi je kot. Tak pun untuk tukar tayar, aku akan datang tukar kat sini gak.

Sebabnya tadi masa aku tanya harga tayar bersaiz 185/60 R15 (standard size tayar vios), harganya dalam RM145 je sebiji. Brand tayar Constancy, made in China. Jauh lebih murah daripada tayar yang pernah aku beli sebelum ni. Tebal pun tebal, design pun nampak cun. Hohoho.

Untuk korang kalau yang berminat dan tertanya-tanya macam mana nak ke bengkel CASUMINA TYRE (M) SDN BHD ni, korang boleh je rujuk map kat bawah.

Sebarang promosi ataupun update terkini, korang boleh jugak rujuk laman Facebook mereka di www.facebook.com/mycasumina.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply
  1. Tak tahu psl harga fan motor to adjust chamber itu mcm tak perlu sebab kamu pakai standard rim tayar saiz , throttle body cleaning itu mcm mahal.. saya slcuci sendiri sahaja….hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *