Part aku paling menyampah, bila mana tengah syok-syok layan internet tiba-tiba line disconnected. Nak kata line tak okay disebabkan hujan, Unifi bukan ada masalah dengan hujan. Nak kata aku tak bayar bil pulak, bil selalu je bayar on time.
Jadi apa masalahnya?
Hmm.. kalau ikutkan firasat, ini mesti kes DNS Unifi buat hal lagi. Sepertimana ramai yang telah sedia maklum, DNS Unifi ni bukan nya stabil sangat. Bila tiba waktu puncak, bila ramai pengguna online serentak.. terus je internet sangkut-sangkut. Congested katanya.. Adeh.. Macam highway plus jugak la. Musim raya je penuh sesak. Bayar mahal, tapi in the end.. pengguna juga yang terpaksa menanggung akibatnya.. Eh, ada kena mengena ke? Hehehe.
Okayla.. okayla. Malas nak cerita banyak, nanti melalut ke benda lain pulak.. So, dengan ini aku nak kongsikan tutorial simple kepada korang bagaimana untuk menukar default DNS Unifi kepada Google Public DNS.
Kenapa nak tukar kepada Google Public DNS ? Alrite. First sebabnya, DNS Unifi tak bagus. Yang kedua, Google Public DNS ini laju dan ianya lebih stabil. Korang nak internet korang okay kan? Haa.. ikut tutorial ni. Jangan cakap banyak.
* Untuk makluman, tutorial ni untuk pengguna yang menggunakan Router RG-Innatech RG4332 SAHAJA (iaitu router jenis baru, tahun 2014 ke atas). Untuk router lain, mungkin settingnya agak sedikit berbeza.
Cara tukar DNS Unifi kepada Google Public DNS
- Buka browser, taip 192.168.0.1 di address bar dan tekan Enter
- Di login page, sila login dengan menggunakan username & password seperti berikut:
- Username: operator
- Password: h566UniFi
- Kemudian, pergi ke bahagian Setup
- Lihat di sebelah kiri, klik pada WAN. Wan Configuration.
- Selepas itu, korang akan dapat melihat Protocol PPPoE di barisan pertama jadual. Di column Action, tekan butang Edit.
- Skrol kebawah sehingga korang dapat melihat perkataan DNS. Domain Name Server Assignment. Tukarkan mode asal daripada Auto ke Manual.
- Setkan DNS seperti berikut:
- Domain Name Server (Primary) IP : 8.8.8.8
- Domain Name Server (Secondary ) IP : 8.8.4.4
- Skrol kebawah lagi sehingga sampai dipenghujung dan klik Apply.
Tadaa.. Siap! Kerja mudah, tak keluar peluh. Tak perlu bersusah payah call Customer service. Semuanya dihujung jari. Dan akhir sekali korang boleh lah cuba buka mana-mana website yang korang suka. Kalau boleh masuk tu maknanya setting yang korang buat tu berjaya. Kalau tak boleh, mungkin ada 1-2 step yang korang salah ikut.
p/s: Yeaa.. dah boleh sambung kerja dengan senang hati.
owhh mcm tu nktkar..
Jie Susanos recently posted..Promosi Affiliate Jobdirumah
Terima kasih di atas perkongsian info… Selama ni tahu guna internet jer… Tapi tak tahu nak setting-stting macam ni… 😉
Anuar recently posted..Laman Web yang Menawarkan Komisyen Affiliate 100%
Sama2. Sekadar perkongsian kot2 ada yang fedup tengah2 malam takleh buat kerja bro. hehehe
Patutla..hari tu pergi rumah adik nampak ada 2 router..macam pelik, rupanya ini memang untuk siapa yang daftar tahun 2014 ke atas la ye?
Noriza Rahman recently posted..Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin
Yesza.. majoriti untuk pemasangan 2014 keatas dah pakai router baru. Kabel fiber n installation pun dah lain skit.
Rumah kami ni entah bila la nak ada unifi..streamyx memang tak stabil sangat..
Noriza Rahman recently posted..Rokok Terasa Pahit Setelah Mencuba Vivix
hehehehe… mantop!! aku memang dah tukar awal dns gugel..
KiD recently posted..Pengalaman Memandu Uji Honda City
Mula2 aku malas nak tukar ingatkan sekejap je.. tapi sekarang ni dah makin kerap pulak.. especially tengah2 malam.. Panas punya pasal, terus tukar. Fedup weh. hahaha
Utk router RGX4400 XDE KE
laaa ada masalah macam ni ka klu pki unifi. kat umah den masih streamix lg. xde unifi kat kwsn den
Uncle Zuan recently posted..Yeoâs Sitkom Blog Kontes – Berbuka Puasa Dengan Yeo’s Yogurt
terer betul bro ..kagum saya buat seketika..
mrhanafi.com recently posted..Bagaimana Nak Dapat Insentif RM20
kalau stimix buleh tukar gak ke?sebab kt area rumah aku laju, tapi aku pelik,tiap-tiap hari, bila time pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi, line macam bengong, sampai kekadang takde line…kenapa eh?
reezluv recently posted..Etika Pemakaian Berurusan Di Premis Kerajaan
boleh bro. streamyx sama je. tapi mungkin cara nk setting lain skit la. tapi kalau line tiba2 takde tu aku musykil skit. ada hantu block kot. hahaha
Rumah aku pun pakai stimix..ada masa2 dia jadi slow gak..nak kena cari cara setting utk stimix yang macam ko buat utk unifi ni Hafiz..
Harap2 mudah la nak buat..
– Reez.. kalau ko ada buat nanti share la..
Hairul Azni recently posted..Gempa Bumi Dan Tsunami Akan Melanda Pahang Dalam Masa 36 Jam
Maksudnya Router RG-Innatech RG4332 SAHAJA yang macam gambar atas tu ke ?
A’a.. yang macam dalam gambar tu bro
cara setting router lebih kurang je. beza sikit-sikit je.
kalau streamyx, takde banyak masalah biasanya.
melainkan..yang tukang pasang tu noob habis.
titan recently posted..Komisen ke 47 dari Ashadee.com
bagusnya tips ni.. kak yati baru tahu..tq atas ilmu baru yr.. kak suka baca blog kamu..
kak yatiadam recently posted..[BAHAYA GEMUK]
Yang menariknya….. bila dah setting DNS GOOGLE nie boleh layari laman web kegemaran yang disukai setiap masa…. ngeh3x
Hazman Fadzil recently posted..Tempat makan bersila jadi tarikan di Restoran Hidang Mitsui Outlet Park KLIA
bagus nih tipsnya.
boleh dicoba.
Bloggedewek recently posted..Mitos Mengenai Jerawat Yang Keliru
Apa masalahnya?…
Bloggedewek recently posted..Menjadi Blogger Susah Tidur Itu Sangat Wajar Loh!.
sebenarnya kita boleh create dns sendiri dan sekali gus dns ini akan menjadi firewall serta content filtering untuk internet anda dan sangat sesuai untuk parent menghalang anak buka website tak senonoh..nanti aku akan ajar caranya dalam blog aku
akuoka recently posted..Orang baru Dalam Dunia Blogging
Terbaikk broo .. dari internet problem , lpas buat trus laju .. terbaikk ..
Tq atas perkongsian 🙂
apa yang lebih best dengan tuka DNS nie
xpayah fikir web kita kena blok dah
betul x bro?
topijerami recently posted..Daftar Unifi Online 2015
wah senang rupanya
terus tukar pada modem
tak terfikir gak
selama nie buat secara manual jek
akuoka recently posted..unblock website disekat
bro boleh ajar nak port forward kt gateway ni boleh x sbb gua nak buat server game la . dah dekat 10 kali gua buat tp x jadi2 . Fedup gak but terima kasih sbb ajar cara nak tukar dns ni . 🙂
Terima kasih informasi. Lebih laju selepas tukar.
Glovis recently posted..Pembekal Cenderahati dan Cenderamata Korporat Malaysia
tuan bagaimana nak tukar pasword unifi
t.k
Log in dkt router page yg sama pergi Wireless > SSID > Edit > Preshared Key > Enter Password baru > Submit
Dkt situ boleh tukar password wifi
Bro, bila sy log in dkt sesetengah website, cth: putlocker, dia tak boleh play, tp bila sy log in dekat unifi rumah lain ok pulak.. so nk buat mcm mana ea? DNS tu sy dh tukar tp still x boleh access.. harap bro dpt tlg.. tq
lepas dah click apply, kena refresh tak tuan?
Sya cuba log in (residential gateway) guna username dan password diberi tetapi xdpat log in..sya cuba username:admin, pass:(blank), dpat masuk tetapi WAN (Wan configuration) tiada di “setup” column..harap boleh bantu..
bro, try login guna yg ni… InsyaAllah ade, pastikan huruf kecil dan besar tu ikut.
Username: operator
Password: h566UniFi
Salam tuan..nmpk gaye xlepas dgn id operator n pwd d ats..mohon pencerahan andai dpt pwd terkini..Unifi psg firewall byk sgt..lg 1, bole bantu tuk flushkn router tanpa sekatan d tahap server authentication? Tqvm
Terima kasih byk2 hafizrahim.. Tapi nak tanya npe innatech router yg bru ni giler yeh? Dlm rmh bbrapa feet je, wifi out of range even kat toilet. Wifi sgt poor dan kengkadang xleh detect. Kn tukar router yg good brand atau ade cara yg boleh membantu boost 30mb net ni? Fedup tol ah bengong sgt. Rmh bkn banglo bertingkat pon, toilet bbrapa kaki dr router pon xleh detect wifi. Tolong sesiapa.. 🙁
Kalau tukar dns, hypptv affect tak? Sbb dh terminate asto ..mmg tgk hypptv je
Tak ada effect.
Saya tukar dns pakai cara nie but still tak bleh access website yg us only . Contoh Hulu . Plz kasi idea
Itu kena pakai VPN bang
Mcm mana nak tukar password operator & juga admin.. Susah klo org lain suka ubah setting suka hati..
Bro ! Nk tnya skit.. enset aku xdpt nk connect unifi kat umah ni..yg aku heran family aku sume dpt.smpai kat aku (Authentication error occured)..da ikhtiar mcm2..nth mcm mne tgn ni gatal g Reset 2 kali trus kuar blink merah kt internet..cmne nk buat ?
problem bro da solved ke eh?
saya pon dpt problem yg sama ni.
pening pale…
email saya cara utk solved.
Thanks for sharing
I bough new router to replace existing, but I want to setup RG4332 become repeater but the setting is lock. How to unlock?
Thank you
Salam bro, Saya punya problem lg rare dan x de org dlm komen ni ade problem ni. dekat tab setup tu kenapa saya punya x ada option Wan kat belah kiri tu? cuma ada LAN n IPv6 LAN je.
bro, try login guna yg ni… InsyaAllah ade, pastikan huruf kecil dan besar tu ikut. Username: operator
Password: h566UniFi
Bro, saya login guna id dgn password Username: operator
Password: h566UniFi x bole… mcm mana ni hmmm exited da ni nk stablekan line
Kalau tukar jugak, still sama mcm mana ye? sy pakai VIP10. mashaallah link speed lately ni teruk sgt. asyik slow je ,5mbps je … slalu tak mcm ni… tgk movie online laju je streamin. restart pun tak jalan..
bro nak tnya. kalau main game yg perlu gunakan tenet like dota, smua akan jejaskan kelajuan internet atau tidak ye? or kerap download akan jejaskan tak?
Saya punya model sama tpi kenapa bila type id n pass dia still kata wrong password???
Terima kasih sudi berkongsi info ni…mmg berguna sgt2..sy name je keje system eng tapi lps bertahun pakai unifi baru rase nk godek sbb rase tak laju…haha
dengan jaringan wifi yang saya pakai sekarang …Alhamdulillah lancar dan cepat…. 🙂
Oyong Ilham recently posted..Cara Mengatasi Hati Yang Galau Secara Islami –
cara ni legal ke?
ade possibility kena tindakan kalo TM detect?
nak tanya sy dah cuba mmg mahu bukak website yg di blok dan lagi laju.,tapi itu untuk hp la.. kalau untuk computer plk mcm mana ye sbb still tak boleh bukak website yg di blok.
Dah cube gune pass and id tu tapi x boleh pon. Tlg pls
sama la kita. Password salah katanya
X pe day tau macam mane nak buat. Login id type operator, password Opr@xxxx – gantikan xxxx (tu ngan no Mac id kat router) 4 number last.
saya still tak lepas login
Login ID : operator
Password : Opr@xxxx
tp modem kita lain 🙁 yag bulat and terbaru dalam tahun ni.. huhuhuh
Di login page, sila login dengan menggunakan username & password seperti berikut:
Username: operator
Password: h566UniFi
mcm mne nk tau user and pass tu eh
Better tukar DNS tu. Kalau pakai yang default, banyak sangat web yang tak boleh nak bukak nanti
Saya guna onu- huawei-hg8240w
Dia keluarkan mesej this site can’t be reach. Take too long to respond.dah cuba 3 Kali sama je mesej.
Huawei complicated, kena reset dulu.
Apakah sebab model lama ?