Tahu tak berapa bulan lepas cermin kereta vios aku pecah? Bukan sebab kena batu, bukan jugak sebab kena pecah dengan perompak, bukan jugak kena baling barang waktu rusuhan.. tapi pecah sebab kena ranting kayu yang jatuh dari pokok waktu hujan.
Yang membuatkan aku geram tu.. ranting tu kalau besar tak apa lah jugak.. tapi ranting tu kurus macam jari kelingking je.
Ni haa ranting durjana tu..
Setelah lama dok memandu dengan cermin kereta yang pecah, akhirnya hari ni dijadikan cerita aku terpaksa pergi tukar cermin baru (sebab wife dah marah, lama sangat delay).. Hahaha.
Actually aku delay bukan apa.. sebab aku rasa ralat bila dah tukar cermin nanti, nak kena beli RFID baru. Sebab bila dah tukar cermin baru tu.. confirm-confirm tag RFID lama akan koyak kalau ditanggalkan dan dah tak boleh pakai. Tu dia alasan..
Takde la..sebenarnya aku delay nak tukar cermin ada 2 sebab.. yang pertama, masa awal-awal kena dulu.. insurans kereta aku cover windscreen harga rendah. Masa aku tanya kedai cermin, diorang quote harga cermin depan vios tu RM800. Sedangkan coverage aku waktu tu hanya RM500. So kalau aku nak tukar jugak waktu tu, kena topup cash lagi RM300.
Waktu nazak tak ada duit.. RM300 tu ibarat RM3000.. so itu sebab pertama aku postpone niat nak tukar windscreen vios aku.
Sebab kedua.. aku tunggu renew roadtax la. Sebab nak bagi coverage tinggi sikit, masa aku renew roadtax akhir tahun lepas.. aku naikkan coverage windscreen. Aku letak coverage sampai RM800 macam kedai cermin quote harga kat aku.. kemudian, lepas renew aku terpaksa tunggu 1 bulan untuk membolehkan aku claim windscreen baru.
Jadinya.. selepas 1 bulan (lebih sebulan sebenarnya, campur hari busy.. hahaha).. pecah kat cermin tu pun dah makin parah teruknya.. maka, hari ni adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk aku tukar windscreen.
Tak ada kedai favourite pun.. aku just search dalam group komuniti bangi. Then berdasarkan feedback orang lain, aku pergi walk in je ke kedai.
Dan merujuk kepada kes aku ni.. aku panjangkan ke kedai AKS Autoglass. Kedai ni dari rumah aku tak jauh mana pun. Lokasinya kat Reko Sentral, betul-betul bersebelahan dengan Petronas Jalan Reko yang ada McD tu.
Sebelum aku pergi, aku call dulu.. aku cakap nak tukar windscreen. Dia kata boleh walk in. Kemudian bila sampai kedai, aku bagi IC dan lesen untuk diorang buat salinan untuk claim daripada pihak insurans.
Proses pemasangan tak ambil masa yang lama sangat pun.
Bermula daripada saat diorang cabut sampailah siap gam dan pasang balik windscreen kereta aku, mengambil masa selama 1 jam lebih saja.
Waktu aku sampai dalam jam 10.00 pagi.. anak-anak buah tokey yang uruskan segala benda dulu, kemudian dalam jam 11.00 pagi tokey dia pulak datang ke kedai.. yang mana untuk proses meletakkan gam pada cermin, tokey dia sendiri yang buatkan.
By the way, tokey dia orang melayu. So far kerja-kerja yang diorang lakukan pun secara peribadinya bagi aku nampak cermat.
Tak ada yang menyakitkan mata aku ketika proses tukar windscreen ni dibuat.. time cabut cermin, pekerja dia buat pelan-pelan.. getah cermin pun kikis slow-slow. Tempat cermin kotor diorang bersihkan.
Letak gam pun cermat dan kemas. So, pendek kata aku berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.
Selesai je pasang cermin, aku just sign beberapa keping kertas untuk urusan diorang claim dengan syarikat insurans. Kemudian, selesai.
Tadaaaaaa!
Tak ada bayar apa-apa. End of story. Syukur Alhamdulillah. Pasni nak kena pergi tinted pulak.
p.s: Kedai pertama yang aku call nak caj RM1000 untuk windscreen vios. Nasib baik aku tak proceed dan survey kedai lain dulu. Kalau tak melayang duit kena topup RM200.