Beberapa hari lepas brake Vios aku tak berapa nak cengkam, whistling sound pun dah halus-halus kedengaran. Dalam hati aku terdetik, ini mesti brake pad punya hal.
Dari last service di Toyota Service Center tempoh hari pun, Service Advisor dah bagitahu awal-awal bahawa brake pad aku memang dah sangat nipis. Perlu ditukarkan dengan segera bagi mengelakkan komponen-komponen yang berkaitan dirosakkan.
So, awal-awal pagi semalam aku pergi ke satu kedai tayar di Seksyen 6.. Silicon Auto namanya. Hanya bersebelahan dengan kedai aksesori Brothers. Disitu aku ditawarkan harga brake pad original lebih murah berbanding kedai lain, RM260 siap pasang.
Bagi aku harganya acceptable memandangkan aku sendiri pun dah malas nak kotor tangan menukar sendiri brake pad dirumah. Nak senanglah katakan.
Now bila brake pad dah okay, pemanduan pun lebih meyakinkan. Nak naik turun Genting ataupun long distance driving pun dah tak risau. Alhamdulillah.
Nota: Brake pad adalah komponen asasyang diperlukan dalam sesebuah kenderaan. Ia berkonsepkan wear & tear dimana penukaran wajib dilakukan apabila sudah sampai waktunya. Kegagalan untuk menukar brake pad yang telah haus bakal mengundang bahaya kepada pemandu dan juga orang di sekeliling. Safety first okay kawan-kawan.
p/s: Akhir tahun kena tukar tayar pulak. Sebiji tayar dalam 200+. Kalau 4 biji? Hmmm
memang kena tukar kalau keselamatan kita
Terima kasih di atas perkongsian info.. Hebat juga bro ni boleh tukar Brake pade kereta sendiri.. Biasanya saya hantar dekat kedai jer…
Pakai kereta mmg byk pakai duit kan? Huhu..
Kaki Drift nie kot he…23x
Brake pad nih better tukar walaupun belum haus. Kalau dah haus nanti, bahaya sangat bro.
Keperluan yang memang sudah seharusnya di beli demi kenyamanan pemakaian
Dah clear cheque SEDA tu nanti boleh la siap tukar tayar + sport rim kan…. hheheheheehe
Saya pun pakai vios jugak, tapi kenapa Pad brake tu mahal sangat, ingatkan dalam seratus lebih. Sebelum raya ni, kena tukar brake pad tu, sebab saya tak pernah tukar brake pad lagi, sejak beli.
Yang saya tukar pad original. Kalau local murah sikit. Tak sampai seratus pun ada. Cuma kalau pakai yang local takut nanti kalau dah pakai nanti ada masalah brek bunyi.
Location kdi ni kt mne bro?
Tepi brothers bangi.
salam bro. harga ni utk fr tyre sahaja atau fr & rr tyres sekali? tq.