Bagi sesiapa yang telah dipaksa rela menggunakan Facebook Mesengger baru-baru ini, nah.. ada satu trik mudah untuk korang menghilangkan chat heads Facebook Mesengger secara kekal daripada dipaparkan di skrin smartfon korang.
Cara-cara menghilangkan chat heads
Korang hanya perlu tekan button Setting di bahagian bucu atas kanan (yang dibulat merah dalam gambar dibawah),
Kemudian klik pada “Chat heads“, dan selepas itu alihkan butang gelongsor (ON kepada OFF).
Tadaa.. Siap. Fungsi sampah ini akhirnya dapat dinyah aktifkan dengan mudah.
Nota: Sejujurnya bagi pendapat aku, fungsi ini dilihat sebagai satu fungsi yang amat menjengkelkan. Ramai yang tidak suka akan kewujudannya, malah terdapat juga beberapa orang rakan aku yang sangat benci akan fungsi ini bertindak dengan membuangnya terus daripada smartfon masing-masing.
Yelah, mana kan tidak benci. Sedang-sedang seronok melayan video Elizabeth Tan, tiba-tiba terkeluar satu popup Facebook Mesengger. Haih.. boleh hilang tumpuan.
Seperkara lagi, apabila korang sudah dimasukkan kedalam group chat.. pasti masing-masing akan mengalami masalah untuk scroll mesej-mesej yang terdahulu. Maksudnya disini, apabila kita sedang membaca mesej yang telah dihantar beberapa minit yang lalu, kemudian apabila masuknya mesej yang baru.. paparan secara automatik akan turun kepada mesej yang paling baru diterima. Jadi jika hendak membaca kembali mesej yang terdahulu, kena lah merajinkan diri untuk scroll semula ke atas. Leceh kan?
Hmm.. Siapa punya idea lah yang wujudkan fungsi sebegini. Kalau lah aku jadi Mark Zuckerberg, sudah tentu aku akan potong gaji individu yang bertanggungjawab. Bikin susah aje.
p/s: Sebenarnya entri ni bukan cerita tentang trik pun, tajuk je kasi gempak sikit. Hahaha.
mujur tak terpilih dalam ‘kontroversi’ fb messenger ni. Kalau tak, jenuh nak betulkan
tq info ni
Aimi Shaklee recently posted..Set Kesuburan Shaklee untuk Suami Isteri
betul tu..memang serabut pun chat head ni..
mummy dina recently posted..10 Adab Menyambut Kelahiran Bayi
Nasib jarang pakai atau main msg dekat fb ni. Kalau tak mau menyumpah jugak.
Hazmin Hamudin recently posted..Beli Whey Protien Dymatize ISO 100 Di MyProtein Shop
Bro…. kalau masalah scroll up / down tu…. boleh klik menu Open In Messanger so tiada lagi masalah page turun naik …. 🙂
Hazman Fadzil recently posted..HAZMAN vs FOOD – RAMLY HALAL KIOSK Bandar Salak Tinggi
Serius aku tak jumpa kat mana “Open in Mesengger” tu bro.
Salam Hormat.
Ramai betul yang marah tentang apps fb messenger nih kat google play.
huhu.
hafidzramli recently posted..Hot Wheels
harap akan datang ada improvement bab ni, menggangu lah.
Denaihati recently posted..Rashidun Caliph Conference 2014
Harap nanti diaorang akan update aplikasi messenger tu dan atasi masalah ni..
Hairul Azni recently posted..Pengalaman Pertama Ke Klinik Haiwan
Kadang-kadang melecehkan,tetapi kadang-kadang menolong jugak.Hehe
Bergantung pada diri masing2.
Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🙂
Jangan lupa datang beraya ke BLOG saya pula! 🙂
Farisya Anastasyia recently posted..Serum Minyak Argan Rahsia Nur Amirah Cantik
haha.
abaikan aje.
makan cendol lagi best.
titan recently posted..Nak buat duit dengan affiliate, kena ada trafik banyak ke?
aku uninstall terus FB mesg ni…senang citer, hati pun tak sakit 🙂
azwan recently posted..Liga Fantasi Piala Malaysia 2014
Apps ni memang ganggu la.tak suka sangat.yg plg menyampah dia prevent apps messenger yg lain
aishah ahmad recently posted..Jenama supplemen EPO Terbaik
Bagi bro fungsi ini tiada masalah.. Bila menggunakan iPhone dulu.
Tapi sejak bertukar ke Android (atau mungkin hp bro yang bermasalah) kewujudan dia mengundang petaka sampai hang handphone dibuatnya he..23x
Bro Framestone recently posted..Sertai Kempen ‘Secret To A Smile’ Dan Menangi Nissan Almera
Salam bro… Tau x cmna cara supaya org x ble send msge d fb kita.? Selain dr cara deactive akaun or block org tu.? Mudahnya, cmna nk buat spya ‘msge’ xda d profile fb kita.? Tlg…