in ,

Travel Sendiri Atau Guna Travel Agency?


Tipu la kan kalau korang kata tak teringin langsung nak sama-sama pergi melancong bila mana tiap-tiap hari ada je ternampak gambar rakan-rakan korang yang dimuat naik ke laman sosial sedang bercuti di tempat-tempat yang menarik. Lagi membuatkan keinginan korang membuak-buak apabila destinasi percutian kawan tu pulak adalah tempat idaman yang sememangnya menjadi wish list korang sejak sekian lama.

Tapi bagi aku lah kan, memandangkan aku ni dah memasuki fasa “berkeluarga” dan ada pulak anak kecil. Terlalu banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum buat decision untuk melancong. Compare dengan life dulu-dulu dikala diri masih bujang yang boleh buat decision on the spot, tapi sekarang.. apa-apa keputusan yang ingin dibuat majoritinya dibuat selepas menilai sama ada ia akan memudahkan urusan yang melibatkan anak-anak. Hohoho.

Ye lah.. bila dah ada anak ni, nak bercuti pergi mana-mana pun dah tentulah lokasi percutian akan jadi faktor utama. Kalau dulu masa bujang tempat bermalam pun tak perlu nak difikirkan sangat pun, cukup sekadar ada bilik kecil, tilam dan bantal. Tapi sekarang, nak kena cari bilik yang selesa, tandas yang sesuai, ada aircond (kalau tak ada aircond, anak berpeluh naik ruam bagai), dan kalau boleh ada juga tempat untuk anak-anak bersuka ria.

Selain daripada itu, persekitaran kawasan percutian pun kena cari tempat yang menyediakan kemudahan yang mencukupi dan tak dilupakan juga isu keselamatan keluarga perlu dititik beratkan. Tempat yang sesak, crowded.. kalau boleh, no.. no.. no. Tersilap langkah anak-anak boleh hilang. Menakutkan.

Well.. terlintas difikiran aku lah kan, andai kata dalam masa yang terdekat ni aku ada rezeki terpijak yang mana membuatkan aku berkemampuan untuk bawa keluarga aku untuk cuti melancong, for sure dah kali ni aku akan guna perkhidmatan travel agency.

Kenapa travel agency?

Sebab pertama, aku perlukan orang yang berpengalaman untuk guide aku dan keluarga supaya semua aktiviti tersusun dan terurus. Pendek kata, aku nak ia memudahkan urusan aku. Bercuti di tempat orang yang aku sendiri tak familiar, takkan aku nak risiko kan family aku dengan plan yang aku sendiri pun tak berapa pasti okay ke tidak kan. Kalau jadi apa-apa, menyesal. Betul tak? Hohoho

Sebab kedua, aku tak nak buang masa dan peningkan kepala dengan membuat research yang mendalam tentang destinasi percutian aku tu. Cukup sekadar baca info sikit-sikit, dan selebihnya aku biarkan travel agency yang handle. Ikut itinerary yang disediakan, so that aku boleh lebih fokus kepada anak-anak. Dan aku pasti berdasarkan pengalaman sebenar travel agency, for sure mereka lebih arif tentang selok belok tempat percutian tersebut berbanding aku yang hanya sekadar membuat bacaan online. Hee.

By the way bila bercakap mengenai travel agency, faktor pemilihan travel agency pun bukan boleh main pilih sesuka hati je. Takut-takut nanti kalau tersalah terpilih, duit kemana.. cuti pun kemana. Almaklumlah zaman sekarang, zaman canggih ni nak buat jenayah scam tak perlu tunjuk diri dah. Scam melalui online pun dah bersepah-sepah.

Maka, untuk mengelakkan aku di scam pada masa akan datang sekiranya ingin menggunakan khidmat travel agency, pernah juga aku tanya pada kawan-kawan yang selalu melancong ke luar negara sama ada diorang boleh recommend kan tak travel agency yang bagus untuk digunakan. Dan ya, there’s a few of them.

Salah satu daripadanya adalah ARBA Travel.

Untuk makluman ARBA Travel ini beribu pejabat di IOI Resort City, Putrajaya. Satu benda yang aku suka mengenai ARBA Travel berbanding travel agency yang lain kerana ARBA Travel bukan saja merupakan sebuah travel agensi yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan mempunyai lesen untuk menawarkan pakej percutian luar dan dalam negara. Malah, ia juga merupakan travel agensi yang turut mempunyai lesen Lesen Khas Umrah (LKU). Kiranya dalam industri travel agensi ni, ARBA Travel ada lesen besar la.

Dan yang paling menarik perhatian aku apabila mereka juga pada tahun 2017 (3 tahun selepas penubuhan syarikat) telah dinobatkan sebagai “Top 30 SME in Malaysia“. Well, kalau diantara SME lain yang secara puratanya perlu struggle 15 tahun untuk memperoleh pengiktirafan yang sama, sedangkan ARBA Travel berjaya lakukannya dalam masa yang singkat.. ahaa.. there must be something good with this company la kan.

Malah kalau korang baca info-info melalui laman web ARBA sendiri, selain daripada harga pakej yang ditawarkan adalah berpatutan. Meraka juga menawarkan jaminan untuk menyediakan itinerary ke tempat yang dikategorikan sebagai “No Tourist Trap”, yakni tempat-tempat yang tidak melalui tempat paksa beli.

Bagi aku perkhidmatan sebegini sememangnya diperlukan, untuk mengelakkan stress tak cukup masa. Cuba korang bayangkan la eh.. Lagikan dekat tempat kita sendiri pun, kita tak suka kedai-kedai yang jenis memaksa beli dan buang masa kita untuk dengar ceramah free pasal produk itu ini. Ini kan pulak kita nak kena hadap lagi masa tengah bercuti. Memang serius la tak suka kan. Hahaha.

Pape pun, satu lagi info yang aku nak share pada korang mengenai CEO ARBA Travel iaitu Tuan Ammar Roslizar, merupakan seorang yang mempunyai visi dan matlamat yang jelas. Aku dah follow lama FB dia, banyak perkongsian menarik yang dikongsikan beliau. Paling menarik bab obsesi beliau untuk #RedesignWork dimana antara salah satu perkara yang lain daripada lain diterapkan dalam working environment syarikat beliau iaitu boleh “Bring Child Anyday Policy”.. weh masuk kerja boleh angkut anak. Nak kerja sini jugak please.. Hahaha.

p.s: Aduyai rasa rindu pulak nak bercuti ke Australia, last time honeymoon aku dekat Gold Coast je. Perth dan Melbourne belum pernah jejak kaki. Macam best je kan kalau kumpul duit pergi sana. ARBA Travel kan ada, mesti berbaloi-baloi.

Nota: Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi ARBA Travel di arbatravel.com.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply
  1. Menggunakan agensi pastinya ada harga tambahan, tapi tu lah harga yang dibayar untuk keselamatan, keselesaan n nak elak pening kepala sebanyak mungkin. Nak backpacking buat sendiri boleh lah, kalau ada duit n coverage insurans tinggi 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *