Sempat jugak layan Transformers 4 malam tadi dengan abang kacak. Pehh.. mengancam siot. Dari segi grafik, sound dan jalan cerita, memang tak rugi aku beli tiket awal-awal. Dah lah orang sebelah kiri kanan aku tak datang, so tiba-tiba rasa macam beli tiket kapel seat pulak. Hahaha.
Aksi-aksi mengancam dalam cerita Transformers 4 bermula dari geng-geng autobot dibunuh oleh manusia sehinggalah geng-geng Decepticon pula dihancurkan oleh Dinobot. Aksi-aksi lawan memang non-stop, kereta-kereta baru ditonjolkan malah ada dua kumpulan penjahat yang cuba menghapuskan Autobot.. Satu Galvatron (Megatron yang dilahirkan semula) dan Lockdown.
Malah, bila masa Optimus Prime dan Bumblebee transform daripada lori dan kereta buruk kepada kenderaan yang lebih mengancam.. Satu panggung serentak sebut “Whoaaaa”. Cun gila babas design diorang. Terpegun aku.
Jalan cerita Transformers 4 selama 2 jam lebih ini juga memang totally different daripada filem-filem yang sebelumnya. Pendek kata, kalau korang datang dengan mindset nak relatekan cerita baru ini dengan cerita yang lama.. cuma ada sikit je yang korang boleh relate kan, iaitu di awal penceritaan. Itu pun disebabkan kejadian Optimus Prime and the gang berlawan dengan Decepticon 5 tahun yang lepas.
So, rumusan tentang filem terbaru Transformers ni.. Aku boleh bagi 5 bintang. Paling aku suka part Optimus lawan dengan Dinobot bilamana Optimus cuba untuk mengawal geng-geng Dinobot untuk dijadikan sekutu beliau menentang robot-robot jahat.
p/s: Hero mati? Korang tunggu sampai habis kredit filem. Ada suprise.
Ni yang tak sabar nak nengok ni. Hari ni baru ena nak pergi tengok. Suka sangat cerita Transformers ni, memang ikut dari yang pertama sampai yang ketiga. Hehehehe
Ainaa..wajib tonton. Awek dia cun oo
Aku memang feel habisss.. kena rileks dan tengok dengan fokus.
Malam ni seround lagi. Hahaha
kat seremban tiket dah sold out….aduhai….adik ngan anak dara SA dah sibuk bising nak pi tgok….
transfomers superb….
confirm kena tengok dua kali..kali ni 3D plak
Untuk citer nie aku rasa semua panggung untung besar… mostly semua tayangan sold out siot….
kartun transformers ni dah tengok dari kecik lagi. so movienya mesti tak boleh nak lepaskan.
kena cari masa nak pergi tengok gak ni, tapi dah masuk bulan ramadhan lak, takut terbelil pop corn and air masuk pawagan lak nanti.hehe…
Laa.. tgk couple seat dengan Kid…
Terbaik… he he…
Kid dengan bini dia bro. Selang satu seat je aku ngan diorang. Seat lain kosong. Hehehe
gua haritu nak tengok, tapi awek sebelah mintak cerita hantu. dah mengidam sekarang nak tengok transformers 4 ni. demm!
Ikut awek binasa bro. Lain kali paksa awek tengok transformers. Hahaha
macam makin ngeri aje cite kali nih. haha
tengok 3D ke camane ni? kot la kalau 3D jadi pening sangat sebab nak elak objek masa diorang gaduh. haha