Hulk Mula Pandai Bercakap Dalam Trailer Terbaru Thor: Ragnarok

Nampaknya Marvel makin menggila dalam mengeluarkan filem-filem superhero mereka. Terkini yang baru dipertontonkan kepada umum di Comic-Con adalah trailer Thor: Ragnarok yang akan ditayangkan pada 3 November tahun ini.

Ia adalah sedutan yang padat dengan aksi selama 2 minit setengah dimana korang akan terkejut apabila melihat Thor membentuk pakatan bersama Loki bagi menentang musuh terbaru mereka iaitu Hela, Goddess of Death.

Turut sama membentuk alliance kepada Thor, adalah Hulk yang menerima sentuhan baru apabila dikenakan gaya rambut yang baru, dan yang lebih mengejutkan.. Hulk sudah boleh bercakap!

Sesungguhnya trailer ini dilihat paling awesome berbanding trailer Thor yang dikeluarkan sebelum ini. Dengan music background In The Face of Evil oleh Magic Sword, ia adalah kombinasi yang cukup serasi.

Baca juga: The Black Order Diperkenalkan Dalam Avengers: Infinity War

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Akhirnya.. Terkena Juga Sakit Mata

    Kali Ke-3 Tukar Bateri Vios