Topup Percuma? Wow Mudahnya

Ada berita baik untuk pengguna Android. Siapa disini yang sukakan barangan percuma? Topup percuma? Shopping percuma? Makan Percuma?

Okay, aku pasti ramai yang akan menjawab “Saya suka”.

Siapa yang tidak suka barangan percuma kan. Aku sendiri pun suka. Alrite..ceritanya macam ini. Aku cuba ringkaskan seringkas yang mungkin supaya mudah korang hadam.

Didalam Play Store terdapat satu applikasi baru yang dinamakan CellAds. Applikasi ini merupakan applikasi pengiklanan yang dibangunkan oleh anak tempatan. Fungsinya cukup mudah iaitu memaparkan iklan di skrin telefon pintar korang sekiranya menerima panggilan ataupun SMS.

What? Papar iklan? Macam annoying je.

Wooo..wooo..rilek dulu. Sebenarnya iklan yang dipaparkan itu tidaklah sampai ke tahap annoying. Cuma setakat popup je sekali sekala, kalau korang malas nak tengok..just tekan je lah button cancel.

Yang menariknya tentang applikasi CellAds ini, dengan setiap paparan iklan di telefon pintar korang..korang akan diberikan point yang akhirnya jika dikumpulkan dalam jumlah-jumlah tertentu boleh ditukar ataupun redeem dengan apa jua barangan yang ditawarkan didalam applikasi CellAds secara percuma.

Nah..lihat senarai tawaran CellAds:

topup percuma cellads voucher makan percuma cellads tiket wayang percuma cellads voucher shopping percuma cellads

Semua tawaran adalah dalam berbentuk digital dan setiap penebusan yang dilakukan adalah secara online. Mudah dan cepat. Tebus hari ini, hari ini juga dapat.

So, tunggu apa lagi? Pergi download applikasi CellAds cepat-cepat. Invite kawan sekali kalau mahu point korang berganda.

Link download –> CellAds (Maaf, sudah tidak aktif)

Owh..hampir terlupa. Semasa pendaftaran kali pertama pastikan nombor telefon yang didaftarkan bermula dengan nombor 6, sebagai contoh 601XXXXXXXX. Kemudian pilih “Blooggers” sebagai community korang. Community tergempak dengan tawaran yang paling hebat.

Update 2015: Maaf, pihak CellAds telah menghentikan operasi mereka. Jadi, posting ini tidak lagi boleh dijadikan sumber rujukan. Sebarang kemas kini bagaimana untuk mendapatkan topup dengan percuma kan diupdate dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 29 Comments

    Leave a Reply
    1. Tawaran yang menarik… Sudah pasti ramai orang tidak akan melepaskan tawaran untuk mendapatkan toup percuma… Nasib baiklah saya ni bukan pengguna prepaid… kalau tak boleh saya join sekaki…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Mudahnya Menjemput Rezeki

    Anak Penyeri Keluarga