Tiru Daddy

Nak tumpah ke mana lagi kuah kalau tak ke nasi. Betul tak?

Dulu masa aku kecil-kecil memang suka sangat aku ratah susu tepung. Paling best susu tepung campur milo. Gaul-gaul kemudian makan macam tu je sambil baring depan tv sampailah habis semangkuk.

Kadang-kadang semangkuk pun tak cukup, pergi tambah lagi semangkuk. Hinggakan mak ayah aku pernah beli setin susu tepung (tak ingat nama apa, tapi tin warna merah kuning), khas untuk aku ratah saja. Hahaha.

Kalaulah masa tu online marketing dah wujud, mungkin aku dah boleh jadi duta. Duta apa, duta ratah susu tepung. Hehehe.

Nak dijadikan cerita pulak..

Lately ni, perangai Khair dah pun mula mengikut ke arah aku. Dah berapa kali dah mintak letak susu tepung dalam mangkuk, katanya nak makan.

anak-ratah-susu-tepung

Bila bancuh dalam botol susu kadang-kadang minum tak habis pun. Tapi kalau ratah.. Hmm.. Dua kali tambah pun licin. Hahaha.

Ibu, kalau Khair mintak.. Kadang-kadang dia tak bagi jugak. Tapi, kalau dengan daddy.. Dia mintak, ambik je lah.. Nak marah tak boleh, dah memang perangai sendiri. :p

p.s: Ada gak daddy curi-curi ambik sikit bila Khair mintak nak ratah. Best kottt! Hahaha.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Ratah susu tepung ni memang Best… sekarang ni pun saya masih lagi ratah susu tepung setiap kali buatkan susu anak… Dah jadi habit sejak dari kecil lagi, sehinggalah sekarang dah masuk anak ke 4… hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hilangkan Bosan Dengan Bermain Game Jigsaw Puzzle Online

Berpesta Halloween di Legoland