Rasanya ramai yang dah sedia maklum betapa pentingnya trafik sesebuah blog. Dengan trafik yang tinggi,bermacam-macam benda yang boleh kita buat. Nak jadi social advertiser seperti BroFramestone boleh, nak jadi celebriti macam HanisZalikha boleh, nak dapat financial freedom macam AbangEnsem boleh, nak jadi mr.mama macam BenAshaari pun boleh.
Dari apa yang Hafiz belajar dari blogger-blogger senior, nak dapatkan trafik yang tinggi sebenarnya tak susah. Yang paling penting adalah usaha dan tawakal, tak ada gunanya kalau kita tahu cara tapi malas untuk praktikkan. Sampai bila-bila pun takkan menjadi.
Hafiz takdelah nak kata yang blog Hafiz Rahim ni trafik sekencang Denaihati.com ataupun Shakiddo.com. Sikit-sikit je, cukuplah kalau nak generate income dari Google Adsense 20-30sen sehari. Takpe, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Niat asal Hafiz berblogging bukan untuk jadikan blog sumber pendapatan. Untuk suka-suka je, sekadar berkongsi info dan pendapat. Kalau dapat income tu kira bonus lah bagi Hafiz.
So kat sini, especially untuk blogger-blogger baru yang tengah mencari rentak bagaimana untuk mendapatkan trafik, boleh ikut 10 tips yang diberikan. Tips ni berdasarkan pengalaman Hafiz sendiri dan ada juga sebahagian daripadanya tunjuk ajar daripada blogger-blogger senior. Sharing is caring kan.
- Submit atau daftar blog di Google atau Bing
- Buat entri menggunakan keyword yang menarik seperti “ping busuk“, “artis wanita kacukan“
- Jangan “syok sendiri“. Pastikan entri mengikuti citarasa pembaca.
- Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari, kecuali memang dah tak ada idea langsung
- Sekali sekala buat entri kontroversi seperti “Uncle Seekers buat perangai lagi“, tapi jangan sampai melanggar undang-undang ataupun hukum agama.
- Ping blog di laman aggregator ataupun gunakan khidmat ping percuma di Pingler
- Sekali sekala jemput rakan blogger untuk menulis di blog. (belum berkesempatan nak jemput..ada yang sudi?)
- Jadikan comment box mesra blogger dengan penggunaan CommentLuv.
- Gunakan plugin SEO (bagi pengguna WordPress)
- Cipta fanpage blog di Facebook dan invite seramai yang boleh. Linkkan feed blog ke fanpage tersebut.
Dan akhir sekali, practise makes perfect. Insya-Allah kalau korang tak “panas-panas tahi ayam“, korang akan dapat apa yang diidamkan.
P/s: Buka minda. Ilmu tu luas seluas lautan, setiap hari pasti akan ada sesuatu yang baru untuk kita belajar.
wah terbaik…
thanks for the tips… nak cuba praktikkan kat blog azri.my pulak 😀
cuba bro..jangan tak cuba.
kali ni aku nak jadi pengomen laju tahap gaban..xkira..wakakaka..
great tips..hehehe…
nak lawan shakiddo ke..hehehe
Erm……
Betul ke berkesan cara nie? Nak try juga la 🙂
insya-Allah berkesan..kalau tak berkesan, kena cari lagi cara lain..hehehe
haha harus….
wah…boleh praktikkan ni..
sila2 kan bro..tapi trafik bro dah mantop.. 🙂
Tak salah mencuba kan,.. try and error, tak dapat 1 cara berpuluh lagi cara lain boleh dipraktikkan.
betul..setuju dengan bro
kebanyakkannya saya dah praktik kan…memang berkesan…tapi satu lagi syarat kena buat kalau boleh tiap-tiap hari…update blog entry..kena buat lebih kerap …kerana kebanyakkan blog yang saya lawat dah berkarat dan bersawang…
yang penting entri kena mantap dan keyword kena plessing sikit 🙂
Banyak senarai sudah diamalkan tetapi persaingan antara blog sangat sengit.
betul tu..lagi2 bila dah ramai tahu skill SEO
nak try test lah walaupun bukan baru dlm blogging ni.. haha.. buat blog pun sekadar suka-suki je..
* err, nape macam pengomen kat sini sume lelaki? -.-“
blogging ni boleh jadi addicted..kena try tips yang diberi. 🙂
blogger perempuan malu agaknya nak komen..hehehe
terbaik tips nie…thanks hafiz rahim
Info yg bgs.
info yang bagus,,, boleh dicoba,,,
yelah..practise make perfect..sy suka sbb sdra menulis blog ni. Sy pun bermula dengan suka-suka buat blog sebab minat menulis dan tak tahu nak tulis kat mana..bila ada kemudahan blog, minat tu dapat dicambahkan..tq for the info..
emm,, sy baru je brkecimpung (ayat power giler!) kat dunia blog nee.. sy da download da commentLuv.. tp pastu, nk wat pe erk?? blurr lak sesaat.. huhhu.. mghrapkan bntuan neee..
untuk blogspot tak perlu download commentluv..cukup sekadar register dan masukkan code html dalam template blog.
untuk wordpress agak senang nak buat. Untuk blogspot, mencabar sikit sebab resource sungguh limited.
salam. sgt bermakna tips yg saudara berikan. InsyaAllah akan sy praktikkan. TQ.
terima kasih atas tip berguna ni ya