in

Tips Penjagaan Tayar Kereta


Penjagaan tayar memang perlu dititik beratkan tak kira sama ada korang kerap berjalan jauh ataupun dekat.

Ini kerana, sekiranya tayar tidak berada dalam keadaan yang bagus dan selamat, ia bukan saja boleh membahayakan nyawa. Tapi boleh jugak membuatkan kita berbelanja lebih daripada yang sepatutnya.

Tyre rotation. Antara rutin yang perlu dilakukan selang beberapa bulan selepas tayar digunakan.

Logiknya disini bagi kebanyakan kenderaan, beban yang tertanggung diantara dua tayar dihadapan adalah lebih berat (kerana adanya ruangan enjin dibahagian depan) jika dibandingkan dengan dua tayar dibelakang.

Manakala, kenderaan yang menggunakan sistem front wheel drive pula memaksa tayar dihadapan untuk berpusing lalu menggerakkan kereta kehadapan.

Kiri tayar depan, kanan tayar belakang. Sama usia, sama brand tapi kadar kehausan permukaan tayar yang berbeza.

Dan tayar hadapan juga berperanan untuk memberi kawalan sekiranya kenderaan ingin membelok ke kiri ataupun kekanan.

Maka, melalui 2 fungsi utama ini menyebabkan tayar hadapan akan lebih cepat dan mudah haus berbanding tayar belakang.

Jadi apa kaitannya dengan tyre rotation?

Tyre rotation (putaran tayar) adalah teknik yang sering diguna pakai bagi mengoptimasikan penggunaan keempat-empat biji tayar dengan lebih sekata.

Maksudnya disini selepas sesuatu tempoh masa, tayar dihadapan akan ditukar posisinya kebahagian belakang, manakala tayar dibelakang pula akan ditukar kehadapan.

Menggunakan teknik ini, tiada tetapan tertentu dalam kekerapan melakukan tyre rotation terhadap tayar kenderaan korang. Namun, seboleh-bolehnya korang disarankan untuk melakukan penukaran posisi tayar ini bagi setiap 6,000-7,000km ataupun setiap 6 bulan.

Teknik melakukan tyre rotation, ada pelbagai pattern.

Bagi mereka yang menggunakan kenderaan sistem front wheel drive disarankan menggunakan cross pattern seperti gambar dibawah.

Frond wheel drive seperti Myvi, Vios, Honda City dll.

Tetapi sekiranya tayar yang digunakan oleh kenderaan korang adalah dari jenis directional tyre (tayar yang ber-bunga “V”), pattern tyre rotation-nya agak sedikit berbeza.

Pattern untuk mereka yang guna tayar berbunga “V”

Begitu juga dengan jenis kenderaan 4WD ataupun Rear Wheel drive, yang pattern-nya tidak sama sekali serupa dengan kenderaan lain.

Tips penjagaan tambahan yang boleh memanjangkan usia tayar

  • Pastikan tekanan angin tayar mencukupi. Tekanan angin yang kurang, akan menyebabkan tayar akan lebih cepat haus dibahagian tepi. Manakala sekiranya tekanan angin berlebihan akan menyebabkan tayar akan cepat haus dibahagian tengah.
  • Lakukan pelarasan alignment dan balancing secara berkala, ini bagi membolehkan permukaan tayar digunakan secara sama rata juga menyeimbangkan kereta.

Baca juga perbezaan tayar Ecopia EP200 vs Potenza RE080.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

14 Comments

Leave a Reply
  1. Terima kasih di atas perkongsian info… biasanya saya tukar 2 biji tayar pada setiap tahun…
    Saya akan tukar tayar hadapan ke belakang…kemudian tayar hadapan saya tukar dengan tayar yg baru…
    Alhamdulillah… dlm masa setahun saya dapat jimat 2 tayar….

  2. aduhhhh selama ni sy tukar tayar sederap sekali 4 biji patut laa tiap2 bln ikat perut sbb nak cover balik duit pnye psal… tukar 4 biji tayar nak dkat rm 2k… tapi 2 tahun sekali la tukar tu pun tayar cepat botak hehehehe

      • Hafiz Rahim:
        betul tu! tayar apa la yg dia ni pakai kalau saya pun tak mampu nak pakai tayar 4 biji yg telan hampir 2k… fuuuhhhh, saya pakai tayar viking x sampai pun RM 120 1 biji… lagi pn kualiti dia boleh tahan & acceptable jugak tahan la smpai 2 tahun.. lepas tu tukar tayar tu ke belakang beli plak tayar baru letak dpan.. senang cite, setiap setahun, saya akan tukar 2 biji tayar..

        • hurmmm tayar brand premium biasa laa mahal.. hehehehehehe.. tapi sy pun silap jugak tukar sederap sbb sy ta brapa pandai sgt bab2 tukar2 tayar ni…. bile baca cara awk ni sy rase mcm nak cuba pulak… thanks sbb bgi sggstion ye =))))))

  3. mmang mahal la kalau tukor tayor 4 biji sekali arong hahahahaha! tayor ape awk pakai smpai 4 biji nak dkat 2k???? mahal betul tapi 2 tahun sekali je tukor? sy pakai brand viking 1 biji rm 110 je kalau beli direct kat bengkel dia 4 biji x sampai rm500 boleh tahan 2-3 tahun jugak kalau pandai jaga…….. =))))))))))))))))))))))

    • betul tu kwn ak pun ckap benda yg sama tak sure la tayar model dia je yg keras or mmg viking tayar dia keras tapi kalaw ak, baik pakai tayar cikai maxxis ke roadstone hahaha

  4. kita kena lebihkan keselamatan cik kakak oi.. nmpak mahal ke murah ke belakang kira janji kualiti… sbb itu org kata pakai viking ok walaupun murah tapi kualiti still acceptable….keras pon okay la,lagi than lama,ko g jln merekah pon impak nk rosak tu kurang ckit..mlysia ni ko phm2 la jln mcm mn.

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *