Tips Penjagaan Tayar Kereta

Penjagaan tayar memang perlu dititik beratkan tak kira sama ada korang kerap berjalan jauh ataupun dekat.

Ini kerana, sekiranya tayar tidak berada dalam keadaan yang bagus dan selamat, ia bukan saja boleh membahayakan nyawa. Tapi boleh jugak membuatkan kita berbelanja lebih daripada yang sepatutnya.

Tyre rotation. Antara rutin yang perlu dilakukan selang beberapa bulan selepas tayar digunakan.

Logiknya disini bagi kebanyakan kenderaan, beban yang tertanggung diantara dua tayar dihadapan adalah lebih berat (kerana adanya ruangan enjin dibahagian depan) jika dibandingkan dengan dua tayar dibelakang.

Manakala, kenderaan yang menggunakan sistem front wheel drive pula memaksa tayar dihadapan untuk berpusing lalu menggerakkan kereta kehadapan.

Kiri tayar depan, kanan tayar belakang. Sama usia, sama brand tapi kadar kehausan permukaan tayar yang berbeza.

Dan tayar hadapan juga berperanan untuk memberi kawalan sekiranya kenderaan ingin membelok ke kiri ataupun kekanan.

Maka, melalui 2 fungsi utama ini menyebabkan tayar hadapan akan lebih cepat dan mudah haus berbanding tayar belakang.

Jadi apa kaitannya dengan tyre rotation?

Tyre rotation (putaran tayar) adalah teknik yang sering diguna pakai bagi mengoptimasikan penggunaan keempat-empat biji tayar dengan lebih sekata.

Maksudnya disini selepas sesuatu tempoh masa, tayar dihadapan akan ditukar posisinya kebahagian belakang, manakala tayar dibelakang pula akan ditukar kehadapan.

Menggunakan teknik ini, tiada tetapan tertentu dalam kekerapan melakukan tyre rotation terhadap tayar kenderaan korang. Namun, seboleh-bolehnya korang disarankan untuk melakukan penukaran posisi tayar ini bagi setiap 6,000-7,000km ataupun setiap 6 bulan.

Teknik melakukan tyre rotation, ada pelbagai pattern.

Bagi mereka yang menggunakan kenderaan sistem front wheel drive disarankan menggunakan cross pattern seperti gambar dibawah.

Frond wheel drive seperti Myvi, Vios, Honda City dll.

Tetapi sekiranya tayar yang digunakan oleh kenderaan korang adalah dari jenis directional tyre (tayar yang ber-bunga “V”), pattern tyre rotation-nya agak sedikit berbeza.

Pattern untuk mereka yang guna tayar berbunga “V”

Begitu juga dengan jenis kenderaan 4WD ataupun Rear Wheel drive, yang pattern-nya tidak sama sekali serupa dengan kenderaan lain.

Tips penjagaan tambahan yang boleh memanjangkan usia tayar

  • Pastikan tekanan angin tayar mencukupi. Tekanan angin yang kurang, akan menyebabkan tayar akan lebih cepat haus dibahagian tepi. Manakala sekiranya tekanan angin berlebihan akan menyebabkan tayar akan cepat haus dibahagian tengah.
  • Lakukan pelarasan alignment dan balancing secara berkala, ini bagi membolehkan permukaan tayar digunakan secara sama rata juga menyeimbangkan kereta.

Baca juga perbezaan tayar Ecopia EP200 vs Potenza RE080.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

3 Comments

Leave a Reply
  1. Terima kasih di atas perkongsian info… biasanya saya tukar 2 biji tayar pada setiap tahun…
    Saya akan tukar tayar hadapan ke belakang…kemudian tayar hadapan saya tukar dengan tayar yg baru…
    Alhamdulillah… dlm masa setahun saya dapat jimat 2 tayar….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Serius.. Tak Rugi Datang Warung Bunian

Bila Anak Ada Masalah Sakit Nak Kencing