in

Tips Menyimpan Duit Paling Ideal


Tertarik dengan tips tabung bunian daripada blogger misai kucing, aku juga ingin berkongsi satu tips menyimpan duit yang aku rasakan mungkin boleh membantu jika ada diantara korang yang menghadapi masalah untuk mengawal nafsu berbelanja yang terlampau.

Tabung simpanan

Caranya mudah saja.

Korang tahu Sijil Simpanan Premium BSN?

Ya, Sijil Simpanan Premium. Ala.. sijil yang boleh dapat cabutan hadiah kereta Mercedes, BMW dan macam-macam lagi tu.

Bagi aku ia merupakan salah satu jalan terbaik untuk menyimpan duit, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerjaya.

Kenapa?

Okay. Biar aku terangkan dari sudut pandangan aku.

Sijil Simpanan Premium BSN adalah satu langkah terbaik untuk menyimpan duit kerana, dengan setiap pembelian sijil (tak kisah lah berapa ringgit pun), ia memerlukan masa selama 45 hari untuk mencapai tempoh matang sebelum korang boleh menukarnya semula dengan pihak bank.

Dengan erti kata lain, korang dapat gaji, korang beli sijil ini. Kemudian, by the end of 45 hari, masa tu jika korang nak tukar balik sijil korang kepada duit pun dah tak ada guna sangat. Sebabnya, korang dah pun dapat duit gaji yang baru.

So, dari situ duit simpanan terselamat. Betul tak?

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa skim Sijil Simpanan Premium yang telah diperbaharui pelaksanaannya oleh BSN adalah produk yang sepenuhnya mematuhi Syariah dan diharuskan oleh syarak. – www.e-fatwa.gov.my

Untuk pengetahuan, tips ini adalah tips sebenar yang pernah aku praktikkan sebelum kahwin. Simpanan aku hanya RM100 setiap bulan, tapi cukup setahun dapat RM1200+. Hoyeah.

Nota: Simpan setahun dapat dividen tau, walaupun tak banyak. Tapi at least dapatlah juga sikit jika nak dibandingkan simpan dalam tabung then silap-silap esok lusa pergi korek balik. Sampai bila nak penuh kan. Hehehe.

p/s: Ini bukan entri berbayar tau, saja nak kongsi tips simpan duit.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

16 Comments

Leave a Reply
  1. aku campak duit terus ke tabung haji.

    nak keluarkan..memang takde kad. haha..

    setakat ni..tak pernah lagi korek tabung haji.

    Memang tak nak kacau.

  2. first time dengar info pasal simpanan guna sijil mcm nie. menarik juga ya. rasanya alternatif yg bagus utk yang rasa2 susah nak menyimpan.

  3. tula… ada org cerita pasal sijil simpanan premium ni… pasal 45 hari tu… bagus gak tu… tinggal lagi malas nak g ke bank…

  4. Kempen 10 power BSN tahun 2015 dah menaikkan balik minat orang ramai terhadap sijil simpanan premium ni. Promo dari segi penyampaian hadiah dan cabutan juga dah meriah. Artis dijemput untuk cabut pemenang. Maka terjebaklah aku membeli SSP BSN walaupun sebelum ini sekadar mendengar.

Leave a Reply to Hafiz Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *