Tertarik dengan tips tabung bunian daripada blogger misai kucing, aku juga ingin berkongsi satu tips menyimpan duit yang aku rasakan mungkin boleh membantu jika ada diantara korang yang menghadapi masalah untuk mengawal nafsu berbelanja yang terlampau.
Caranya mudah saja.
Korang tahu Sijil Simpanan Premium BSN?
Ya, Sijil Simpanan Premium. Ala.. sijil yang boleh dapat cabutan hadiah kereta Mercedes, BMW dan macam-macam lagi tu.
Bagi aku ia merupakan salah satu jalan terbaik untuk menyimpan duit, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerjaya.
Kenapa?
Okay. Biar aku terangkan dari sudut pandangan aku.
Sijil Simpanan Premium BSN adalah satu langkah terbaik untuk menyimpan duit kerana, dengan setiap pembelian sijil (tak kisah lah berapa ringgit pun), ia memerlukan masa selama 45 hari untuk mencapai tempoh matang sebelum korang boleh menukarnya semula dengan pihak bank.
Dengan erti kata lain, korang dapat gaji, korang beli sijil ini. Kemudian, by the end of 45 hari, masa tu jika korang nak tukar balik sijil korang kepada duit pun dah tak ada guna sangat. Sebabnya, korang dah pun dapat duit gaji yang baru.
So, dari situ duit simpanan terselamat. Betul tak?
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa skim Sijil Simpanan Premium yang telah diperbaharui pelaksanaannya oleh BSN adalah produk yang sepenuhnya mematuhi Syariah dan diharuskan oleh syarak. – www.e-fatwa.gov.my
Untuk pengetahuan, tips ini adalah tips sebenar yang pernah aku praktikkan sebelum kahwin. Simpanan aku hanya RM100 setiap bulan, tapi cukup setahun dapat RM1200+. Hoyeah.
Nota: Simpan setahun dapat dividen tau, walaupun tak banyak. Tapi at least dapatlah juga sikit jika nak dibandingkan simpan dalam tabung then silap-silap esok lusa pergi korek balik. Sampai bila nak penuh kan. Hehehe.
p/s: Ini bukan entri berbayar tau, saja nak kongsi tips simpan duit.
Kalau berbanding ASB mcm.mana pula
ASB macam bank lain juga. Boleh keluarkan duit bila-bila masa je.
untung nasib boleh bawa pulang BMW..siapa sangka ?
Itu la pasal. Mana tau kan ada rezeki. Dlu pernah dapat sijil extra rm100. Tu pun kira ok dah.
aku campak duit terus ke tabung haji.
nak keluarkan..memang takde kad. haha..
setakat ni..tak pernah lagi korek tabung haji.
Memang tak nak kacau.
Tabung haji bagus gak. Tapi aku kalau xde kad pun sanggup beratur kat kaunter.. cuma bila guna sijil ni je xboleh nk buat apa2.. nak tak nak kenau tunggu 45 hari. Hahaha
first time dengar info pasal simpanan guna sijil mcm nie. menarik juga ya. rasanya alternatif yg bagus utk yang rasa2 susah nak menyimpan.
Betul tu oja. Untuk siapa yang tak terkawal borosnya boleh cuba cara ni.. sebab kita terikat dengan T&C yang boleh menyelamatkan saving tu daripada diguna.
menyimpan duit ini memang penting untuk masa depan
Macam menarik je, kenapa selama ini tak tahu pasal benda ini
Menarik ni selalunya dapat gaji simpan kat mall je.. dah kena ubah style untuk masa depan..
Risiko simpan dalam tabung sendiri memang macam tu.
Senang masuk senang keluar
dulu pernah beli tapi RM10 je hehe
tula… ada org cerita pasal sijil simpanan premium ni… pasal 45 hari tu… bagus gak tu… tinggal lagi malas nak g ke bank…
terima kasih cekgu
Kempen 10 power BSN tahun 2015 dah menaikkan balik minat orang ramai terhadap sijil simpanan premium ni. Promo dari segi penyampaian hadiah dan cabutan juga dah meriah. Artis dijemput untuk cabut pemenang. Maka terjebaklah aku membeli SSP BSN walaupun sebelum ini sekadar mendengar.