Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Bila bercakap mengenai teknik mendapatkan trafik yang tinggi ke blog, salah satunya daripadanya adalah dengan menggunakan tajuk blog yang sesuai. Oleh itu, blog Hafiz Rahim berbesar hati ingin memaparkan hasil tulisan blogger jemputan Donny Ien tentang tips yang berguna bagi memilih tajuk blog yang mantap. Jom baca:
Seni menulis blog bukan sahaja terletak pada pengisian yang mantap, tetapi tajuk utama mestilah power dan mampu menarik perhatian pembaca untuk membukanya. Kedua-dua elemen ini saling berkait rapat dalam penulisan blog. Jika salah satunya hancur, yang kedua juga turut mendapat nasib yang sama. Artikel yang mantap adalah entry yang mempunyai kedua-dua elemen di atas.
Saya ingin kongsikan kepada anda cara saya menulis tajuk blog yang mampu memukau perhatian pembaca. Bagi saya, tajuk entry yang membosankan hanya akan menyebabkan pembaca blog anda tidak akan kembali lagi.
Walaubagaimanapun, bukan semua tips ini sesuai di gunakan oleh penulis blog. Artikel yang berbentuk peribadi dan motivasi seperti blog ini sesuai sekali di gunakan. Itulah salah satu sebab saya meminati niche sebegini.
Saya akan menulis tajuk yang istimewa, ada kelainan dan mungkin agak pelik sedikit, tajuk yang akan membuatkan pembaca tertanya-tanya dan ingin membacanya. Berdasarkan psikologi, biasanya pembaca tidak akan membuka tajuk entry yang lurus dan membosankan. Ini adalah pengalaman saya sendiri.
Saya tidak akan mengklik lagi tajuk artikel yang berbentuk begini, bagi saya ianya hanya akan membazir masa untuk saya meneruskan aktiviti blogwalking di tempat lain. Contohnya, “keputusan Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012″, “Datuk K kemalangan motorsikal” atau “Siti Nurhaliza Batalkan Konsertnya”. Sedangkan saya boleh sahaja melihat keputusannya di Goal.com melalui telefon bimbit, dan membuka akhbar harian ataupun membacanya secara online.
Berdasarkan artikel-artikel terbitan saya sebelum ini, saya cuba untuk membuatkan tajuk tersebut lebih kreatif dan lain daripada kebiasaannya. Tips ini juga selalu di gunakan oleh penulis akhbar untuk mencuri perhatian pembaca.
Saya ambil contoh artikel yang lepas iaitu “kisah benar hantu durian crepe”. Snek durian crepe ini sememangnya tengah popular di kalangan penulis blog dan di mana-mana sahaja ketika ini. Saya cuba meluahkan perasaan “mengidam” itu serta memperkenalkan produk ini secara indirectly, dengan menulis jalan cerita yang mendebarkan di samping menyelitkan sedikit nasihat dalam artikel tersebut. (Walaupun kisah tersebut adalah benar pada mulanya, namun sesuatu yang tidak di sangka-sangka telah berlaku).
Instead of menulis tajuk blog seperti ini “akhirnya merasa juga durian crepe”, saya pula menulis tajuk yang berlainan dan unik. Yang tidak ada di SERP dan yang disukai oleh penaja. Bila pembaca melihatnya, mereka akan lebih tertarik dengan tajuk post yang ada kelainan. Special one.
Artikel ini hanya pandangan saya sendiri sahaja, penulisan tajuk sesebuah artikel itu sebenarnya bergantung kepada citarasa penulis blog itu sendiri. Lain orang lain caranya dan kita patut menghormati cara mereka mencetuskan idea penulisan sendiri. Yang paling penting sekali adalah kualiti atau pengisian blog itu sendiri, yang menjadi keutamaan dalam menulis sesuatu artikel dan tajuk yang mantap.
Tidak dinafikan tajuk yang ‘catchy’ dan unik dapat menarik minat untuk klik membaca.
Yep… 90% Entri yang power adalah daripada tajuk yang selebihnya isi 😉
betul tu bro. cuma jangan guna tajuk yang lucah untuk tarik trafik
bagi saya, bergantung pada pembaca. pembaca ada banyak jenis. ada yang nak tahu, ada yang suka membaca dan ada yang mencari maklumat. Yang penting, pandai promosi. 🙂
betul tu, setiap pembaca mempunyai citarasa tersendiri. Yang pentng kita tahu siapa target kita.
betul bro..setuju
kena kreatif fikir tajuk yang menarik minat pembaca 😉
yes..kalau tajuk pun lebih kurang, pembaca yang masuk pun lebih kurang je. hehe
sebab tu aku suka tajuk yang pelik2..hahaha
ko memang..tak pernah lagi tajuk yang tak pelik..terpaksa baca.hehehe
jangan pula hampakan pembaca dengan tajuk yang gempak.. isinya tiada
yerp..tajuk gempak, isi pun mesti gempak.
nice sharing.. thanks
tajuk mmg penting utk tarik pembaca 🙂
good
Tajuk entry,first impression utk klik or tidak….kalau first impression pun dah fail…….susahla nak attract new readers kan?
betui..betui..betui..first impression adalah segala2nya
Yeah , tajuk entry adalah tunggak untuk tarik pembaca tapi kadang-kadang tu tak tahu nak berCatchy2. haih la..
kenat perah otak cikit ty..bersusah2 dulu, bersenang2 dengan trafik kemudian..hehehe
Aku pulak tulis tajuk ikut sesedap rasa je. Malas nak fikir semua mengarut tu. Yela, kadang2 tajuk bukan main gempak, tapi cerita lain je. Baik direct je terus.
Setuju ngan bro. Saya tak ambik kisah sangat pasal tajuk,.. paling penting contentnya berkualiti & sampai maksud.
Tentang tajuk entri ni, baru-baru ni saya ada baca ebook jenis-jenis tajuk yang sesuai di gunakan. Best ebook tu.
nama ebook tu ape bro?
Selagi tajuk yang digunakan tidak terpesong dari kandungan asal, itu dah dikira bagus. IMO
betul tu bro, selagi tidak terpesong dari kandungan asal, janji kualitinya bagus. lain orang lain caranya, ikut kreativiti sendiri. saya pula suka pilih tajuk yang sebaliknya ikut kesesuaian artikel yang di tulis 😉
tips yang baik tu bro
tips yang berguna untuk blogger baru macam saya ni. yang penting tajuk kena unik dan mampu menarik minat orang untuk klik dan baca.
Fuhhh.. baru tahu tajuk entri rupanya sangat penting… sebelum ni sy main tulis jer tajuk.. hehe
baru jelas sedikit tentang tajuk yang catchy. Saya pun tidak perasan ketika membaca artikel Donnyien itu. Ingatkan tajuk biasa-biasa saja. Rupanya ada maksud tersirat. Terima kasih.
tajuk memang memainkan peranan penting .. kalau terkena pula dengan keyword hangat dan carian umum pada masa itu lagi lah POWER
tulis aje ikut suka hati kita..
menarik info yg sdra kongsi. Sy ni br first time sampai blog ni. Congrats sebab blog yang menarik dan kemas. semoga terus suksess dlm dunia blogging..:)_
membuat tajuk yang boleh membuat pembaca tertanya-tanya apa isi artikel bukan pekerjaan yang senang,apalagi buat artikelnya hehe
tajuk berbaur 18sx walaupun isi kandungannya cerita yg biasa pun pasti ramai yg klik.
itu sudah semestinya bro..blogger pervert nama nya tu..haha
Tajuk memainkn peranan pntg kpd blog,.wlupn artikel biasa tp tajuk power,.knfirm pmbca klik,sbb persoalan akan timbul di tajuk,.rasa ingin tahu mbuak2..
Tajuk yg menarik. pemikiran perlu kreatif.
Tips yang berguna..Kena pilih tajuk orang cari dekat google kan 🙂
masih baru dalam dunia blog ni..banyak lagi nak kena belajar 🙂 tq ye
saya biasa pilih tajuk yang orang cari dekat google 🙂
Tajuk yang menarik, isi yang padat, dua-dua ada kepentingan..
Saya budak baru belajar, berjinak-jinak dengan dunia blogging..
Jemput ke blog saya
last last baca tak dpt faham juga… betulah aku ni org kg …!!