in

Tips Lulus Exam MUET


Malaysian University English Test (MUET), exam yang paling aku tak suka. Kalau dulu aku boleh elakkan, memang aku nak elakkan. Sebab aku lebih prefer guna bahasa ibunda daripada guna bahasa asing.

Tapi berdasarkan Pembentangan Bajet 2015, dengar katanya.. untuk kemasukan ke IPTA, tahap minimum Band MUET ditingkatkan. Peh.. masak lah budak-budak sekarang. Dah lah untuk sambung belajar degree wajib ada MUET, tahap minimum pula dinaikkan.

MUET Malaysian University English Test
Contoh result MUET

Kalau korang perasan, peratusan Melayu yang dapat menguasai Bahasa Inggeris memang sedikit. Nak jumpa pelajar melayu yang fasih dalam subjek ini memang susah. Tak payah cari orang lain, aku sendiri pun sebelum ini bahasa inggeris tunggang langgang.

Menulis dalam bentuk email ataupun karangan pendek, insha Allah akan cukup satu perenggan. Tapi kalau nak suruh bercakap, ataupun buat esei 300 perkataan.. Adoyai, alamatnya berteraburlah ayat.

Sebenarnya ini bukan salah cikgu sebab tak mengajar betul-betul masa kat sekolah dulu, tapi salah diri sendiri kerana gagal mengamalkan segala ilmu yang telah diajari oleh cikgu.. plus penyakit “MALAS”.

Malas nak praktis speaking english, kononnya bila speaking english dikhalayak ramai.. akan dicop poyo, bajet best oleh rakan-rakan lain.

Hmm..

Ingat lagi, peperiksaan MUET aku pada tahun 2008 sekadar cukup-cukup makan. Dapat band 3. Dalam pemikiran aku waktu tu, ahh.. bahasa inggeris je pun. Apa yang penting.. tak perlu study.

Haa.. Tapi, bila dah masuk alam pekerjaan, kena pula bekerja dengan syarikat swasta. Hambik ko.. baru aku tahu, betapa pentingnya bahasa inggeris. Masuk meeting guna bahasa inggeris, client call guna bahasa inggeris, hantar email kena taip dalam bahasa inggeris. Pendek kata.. English all the way.

So, korang-korang ni, especially yang belum ataupun bakal menduduki peperiksaan MUET.. dah bersedia ke? Tolonglah.. Jangan anggap exam ni tak penting dan tak perlu study. Jangan jadi macam aku, menyesal kemudian hari tiada gunanya.

Bahasa inggeris itu penting, MUET itu pun penting. Korang ada peluang, gunakan masa yang ada ini untuk prepare betul-betul apa yang patut.

Tips peribadi: Banyakkan mendengar perbualan/siaran radio berbahasa Inggeris untuk memperbaiki kemahiran mendengar. Jika menonton rancangan televisyen ataupun movie, matikan fungsi sarikata.

Nota tambahan: Nak panduan dan teknik lulus cemerlang peperiksaan MUET, boleh rujuk ebook ini.. Panduan Lulus MUET Dengan Cemerlang.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply
  1. Mujur masa saya belajar dulu tak kena ambil exam MUET… Kalau tak sampai berapa kali exam baru berjaya dapat Band 3… 😉

  2. Kira bernasib baik..dulu masa belajar tak pernah belajar mue..huhu..tapi best kalau dapat..huhu..mana tahu dapat kongker..hahha

  3. Tapi macam aku kalau tengok movie suka pasang english subtitle sebab kadang-kadang tak semua wording dialog dalam filem dapat “tangkap dengar” dengan jelas….

  4. gua dulu banyak dgr lagu english. gua dgr lagu2 rock cam metallica, heloween, iron maiden dll. liriknya memang guna perkataan yang kadang2 gua tak pernah dgr. then cari makna dlm kamus..

    sbb tu gua terer english.. hehehehe

  5. MUET ohh MUET…nak menulis dalam English tu boleh lagi…nak cakap English dengan fasih tu masih tak boleh lagi…bila da masuk alam pekerjaan ni…memang speaking je la kan…nak tak nak…kena ambil inisiatif untuk belajar dan practice selalu la…hehe

Leave a Reply to Cik Candy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *