Rasa-rasanya ramai blogger yang pernah mengalami situasi dimana idea untuk menaip entry blog langsung tak terlintas dek kepala masing-masing. Sama la macam aku, ada masanya idea tu datang mencurah-curah sampaikan boleh buat 3-4 entry untuk 1 hari.
Ada jugak masanya yang 3-4 hari, 1 entry pun tak boleh nak buat. Hahaha. Bagi hari yang idea datang mencurah-curah tu takpe la kan, yang merisaukan tu bila tibanya hari takde idea. Takut la trafik masuk ke blog berkurang. Tak pasal-pasal earning Nuffnang slow. Hehehe.
Okay, kat sini biar aku tunjukkan apa yang aku selalu buat sekiranya mengalami situasi seperti diatas.
- Chileks (Chill + Rileks)..Tenangkan minda. Bila jiwa kacau idea selalunya segan-segan nak singgah.
- Bukak laptop atau
PC office, Blogwalking. Kaji entry kawan-kawan blogger yang lain, seelok-eloknya komen terus pada entry yang dibaca. Untung-untung dapat backlink. - Semak performance blog (SEO, broken link, loading speed dll), improvekan blog & mungkin ada trigger point untuk entry kita yang seterusnya
- Baca surat khabar or magazine untuk update isu-isu semasa (Tak kira la isu sukan, semasa, dalam negara, politik, hiburan..mungkin ada yang relate dengan log aktiviti seharian yang boleh dijadikan entry)
- Lawat kawan-kawan dalam laman sosial..Twitter, Facebook, Google+,
Friendster,Myspace(Mane tahu kawan-kawan ada something yang menarik untuk dikongsi bersama)
Dan yang paling penting, boleh follow buat simple entry macam yang aku tengah buat sekarang ni. Hehehe.
Blog saya juga tiap hari update.