Tidak ramai orang yang dikurniakan dengan kulit licin dan sempurna.
Dikalangan kita berapa ramai wanita malah lelaki juga yang menghadapi masalah kulit? Jerawat di muka, di badan, di leher..Ramaikan. Sehingga ada diantara mereka yang berasa malu dan hilang keyakinan diri apabila berdepan dengan orang ramai.
Jerawat selalunya terjadi kerana terdapat bakteria didalam pori yang tersumbat. Punca pori ini tersumbat disebabkan oleh kelenjar sebum yang menghasilkan minyak secara berlebihan berbanding biasa.
Bagaimana ianya boleh berlaku?
Ia biasanya terjadi apabila seseorang itu berada di peringkat remaja kerana paras hormonnya yang sedang meningkat dalam penghasilan sebum. Sepanjang tempoh ini..apabila ada masanya minyak yang dihasilkan terlalu banyak dan bergabung bersama sel kulit mati, maka ianya akan menutupi liang roma.
Penutupan separuh daripada liang roma ini akan menyebabkan bintik hitam manakala jika liang roma tertutup sepenuhnya bintik putih pula akan timbul. Kemudiannya bakteria akan merebak didalam pori ersebut lalu menyebabkan jerawat timbul. Masalah ini jika tidak dirawat dengan betul, boleh menyebabkan kulit berparut.
Maka diantara tips yang boleh diamalkan untuk mencegah jerawat ini, termasuklah:
- Pencucian muka menggunakan produk pencuci muka antibakteria.
- Jika menggunakan produk rawatan jerawat, sapukan juga pada kawasan yang terdekat dan bukannya ditempat yang ditumbuhi jerawat sahaja.
- Amalkan penggunaan produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan pori dari kekotoran.
- Penggunaan alat solek atau penjagaan muka non-comedogenic supaya tidak berlaku iritasi ataupun alergi pada kulit.
- Membuat rujukan kepada pakar dermatologi tentang cara membuang bintik hitam tanpa meninggalkan kesan parut.
- Elakkan menyentuh muka tanpa memastikan tangan itu bersih terdahulu. Ini kerana tangan merupakan anggota badan yang paling banyak mempunyai bakteria.
- Jangan sesekali memicit jerawat kerana ianya boleh meninggalkan kesan parut.
Nota: Aku juga dulu ada masalah dengan jerawat. Tapi sekarang..Alhamdulillah, dah berkurang. Mungkin sebab ada isteri tolong jaga. Haha.
p/s: Tips paling berkesan untuk mengelakkan jerawat dalam jangka masa pendek…elakkan menggedik dengan awek, balak or skandal.
Bagus Tips Ini..Saya sering picit jerawat..kena stop lepas nie..haha
memang kena stop bro, nanti menyesal.hehe
budak-budak memang suka picit jerawat. haha..
Selalu berlaku kepada remaja. Kata orang hormon tidak stabil. 🙂
yerp..setuju.
Sejak kahwin ni, jerawat tak ada peluang mau tumbuh..isteri sgt prihatin dgn kebersihan muka..hehe..
ok la tu, kena ada budget skincare
sbb emma maembong aku bce smpi abes entri nie..
mana taw si emma tu terpikat dgn aku lps jerawat xde pupus di mukaku ini..
ahaha
dulu masa sekolah suka sangat picit jerawat ..
sampai skrg ada kesat parutnya..
psst: kalau masa sekolah dulu baca tips nie kan bagus.. heee
itu la bro..dah agak berusia ni baru nak tau kan.hehe
gua salh seorang yg susah nka tumbuh jerawat
eh, mengelak dari menggedik pun boleh cegah jerawat? ahhhhh…ooooo….heheh
Itu punca utama jerawat naik..hehe
Ada jerawat baru nampak muda haha.
agak-agaknye ada tak harapan nak pulih dari parut jerawan..?
pembetulan *Jerawat
nak pulih sepenuhnya parut jerawat mungkin takkan boleh..melainkan mengurangkan parut tu sendiri.
another tips, water intake 3 liter sehari untuk cuci darahh..
Ini first time singgah blog ni.Jemput datang blog yer semoga terjalinan ukhwah.
perkongsian tips yang sangat bermanfaat sekali. :). tips elak jerawat