in

Tips Dan Cara Untuk Mengenal Pasti Anak-Anak Tidak Pandai Membaca


Setiap anak yang dilahirkan adalah berbeza. Ada yang cepat bercakap, ada yang cepat berjalan dan ada juga yang mempunyai bermacam-macam lagi kebolehan yang berbeza-beza.

Tertarik mengenai satu thread di Twitter yang dikongsikan oleh saudara Cikgu Ilham, ingin aku kongsikan disini juga untuk rujukan korang di masa akan datang.

Ianya berkenaan bagaimana caranya untuk mengenal pasti kebolehan anak-anak untuk membaca. Tips dan cara mengesan kebolehan ini bukanlah sekadar ilmu yang dicedok daripada internet, tetapi adalah pengalaman Cikgu Ilham sendiri setelah berpengalaman beberapa bulan menjadi guru tadika dan guru sukarelawan di kelas rakyat.

Untuk mengenal pasti anak-anak yang masih tidak pandai membaca, caranya ialah:

  1. Minta mereka tulis perkataan yang disebut oleh kita. Jika dia tidak pandai tulis, maksudnya dia masih kurang mahir membaca kerana, siapa yang tak pandai membaca tidak akan pandai menulis.
  2. Minta anak-anak baca surat khabar atau artikel tanpa gambar. Jika gagal dibaca atau gagap, maksudnya mereka masih di tahap lemah.
  3. Minta mereka baca ayat tunggal. Ayat yang tidak melebihi 6 patah perkataan. Jika tidak boleh dibaca, mereka masih dalam keadaan lemah membaca.
  4. Seterusnya, minta mereka baca perkataan yang mempunyai 3 suku kata. Contoh: kereta. Jika masih tidak dapat dibaca, kebolehan membaca mereka sangat lemah.
  5. Jika gagal membaca perkataan 3 suku kata, tukar supaya mereka baca perkataan yang mempunyai 2 suku kata. Jika masih gagal dibaca, ianya sangat merbahaya.
    Peringatan: Jangan sesekali tunjuk perkataan yang mempunyai gambar, kerana mereka sudah terbiasa melihat gambar-gambar tersebut. Ingat, proses ini berkenaan dengan membaca, bukan menghafal.
  6. Jika anak-anak masih gagal membaca 2 suku kata, ajar mereka untuk membaca 1 suku kata, seperti BA, TA, DA dan lain-lain.
  7. Jika masih lagi gagal, mereka di tahap yang merbahaya. Kena dimulakan dari awal iaitu belajar tentang huruf vokal; A, B, C dan lain-lain.

Menurut Cikgu Idham, sepanjang pengalaman beliau mengajar, masalah tidak boleh membaca ini masih tinggi dikalangan anak-anak disekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Oleh kerana itu, beliau menggesa ibu bapa untuk turut memainkan peranan dalam mengajar anak-anak untuk membaca, bukannya meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru-guru di tadika ataupun sekolah.

Antara teknik mudah mengajar membaca yang boleh digunakan, adalah seperti didalam video yang dikongsikan oleh Cikgu Ilham ini.

Dan menurut beliau lagi, tips dan cara mengenal pasti anak-anak yang masih tidak pandai membaca ini boleh diguna pakai bermula dari anak-anak berumur 6 tahun hingga ke tingkatan 5.

Dalam kehidupan masa kini, kebolehan membaca adalah satu perkara yang sangat penting. Bukan sahaja ia diperlukan dalam menguruskan kerja-kerja harian, malah membantu melahirkan generasi yang lebih bijak pandai.

p.s: Kalau nak bagi anak cepat kenal huruf, cara paling mudah yang pernah aku praktikkan adalah dengan menampal poster abjad ABC di dinding. Untuk kes anak aku, poster-poster sebegini ditampal di ruang meja makan. Jadi, setiap kali kitorang makan bersama-sama, aku boleh main teka-teka huruf dengan anak aku.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. Tula saya pernah cakap dengan kawan-kawan, pendidikan awal bermula di rumah… kalau mak bapak pun tak tahu anak mereka lemah membaca, macam mana kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *