Korang nak berniaga? Tapi takde duit, takde modal?
Okay. Mudah. Aku ada satu idea bernas yang membolehkan korang berniaga tanpa modal.
Aku ulang. TANPA MODAL ye. Yang bermaksud korang tak payah nak sediakan duit, beli dan simpan stok banyak-banyak kat rumah (kurang risiko jika tak ada pembeli sekali pun). Faham?
Idea berniaga tanpa modal
Pertama korang wajib ada akaun Instagram. Kedua, korang kena selalu jenguk website Lazada ataupun Zalora. Kenapa aku cakap macam ini? Sebabnya..
- Akaun Instagram – Untuk dijadikan platform korang mempromosikan barangan/produk yang ingin dijual.
- Website Lazada/Zalora – Pusat pemilihan/pencarian produk bersesuaian yang akan dijual ke dalam Instagram korang.
Modus operandinya macam ni. Katakanlah korang dah ada akaun Instagram, barangan yang dijual didalam laman web Lazada/Zalora kebiasaannya selalu akan dijual dengan promosi-promosi yang menarik.
Ambil kesempatan yang ada itu dengan, korang tengok barang-barang yang dipromosikan itu (mungkin ada potongan harga 20-30%, ataupun kadang kala ada je yang melebihi 50%), kemudian jual semula barangan tersebut di dalam akaun Instagram yang telah korang cipta. Markup seberapa banyak yang korang mahu. Itu tak kisah, sebab kalau tak ada orang beli sekalipun bukannya korang rugi apa-apa.
Dari segi penghantaran produk kepada pembeli, itu bukan masalah besar. Kerana, semua itu akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Lazada ataupun Zalora. Semasa deal dengan pembeli, korang mesti akan minta alamat penghantaran kan? Jadi, alamat tersebut akan digunapakai didalam laman web Lazada/Zalora ketika membuat pembelian nanti.
**Kiranya nak bagi korang senang faham, konsepnya lebih kurang macam ini.. beli atas beli.
Dari segi promosi pula. Korang tak payah nak promo lebih-lebih. Cukup dengan fokus kepada mempromosikan akaun Instagram korang sahaja. Cuba tarik follower seramai mungkin, kerana follower ini merupakan potential buyer kepada barang-barang yang akan diiklankan nanti.
Untuk tips naikkan follower Instagram, boleh rujuk (tips terbaik dari ladang).
Haa.. So, amacam? Mudah je kan.
Sekarang berbalik kepada soalan aku tadi. Korang nak berniaga tak? Idea dah bagi dah ni. Free of charge. Hehehe.
p/s: Kalau ada website lain selain Lazada/Zalora boleh je guna pakai idea yang sama. Ini sekadar contoh. 😉 Kalau sudi, follow Instagram aku ye.. @hafizmdrahim
Memang power la tips ni…kenapa tak terfikir yea!
Hmmm… Mamang mudah… Bijak… Bijak… Semoga ramai orang boleh buat side income dengan berniaga tanpa modal..
steady abam macho.. hahaha
ternaik Fiz…thanx for sharing…
opss sory..typo….terbaiiikk….kihkihkih…
Bahaya gak. Biasanya barangan lazada hiy dan laju terjual. Dah baik2 customer masuk duit sekali nak beli barang dah hanis kat lazada. Kena menjawab ngan customer gak tu.
Ok tak alasan aku utk x nak berniaga
Sebelum ambik duit, check la stock online. Hampeh punya alasan pakcik sohoq. Hahaha
Inilah meniaga dropship namanya. 😀
Lebih kurang la. Cuma biasanya dropship kena daftar sebagai agen. Yang ni kita bebas tanpa ada pendaftaran apa-apa pun.
lebih kurang style dropship.. cuma risiko cam yang pakcik sohoque cakap laa.. hi hi…
teknik dropship, ramai sekarang buat camni
surirumah boleh cuba ni. senang dan praktikal 😉
Bisakah berniaga tanpa modal?
Bagus saranan yang diberikan. Free tapi bernilai tinggi. Teruskan berkongsi yerr..
mcm mn cara nak promosikan barangan tu di akaun instagram kita…selalunya ada harga harga kat situ…
mcm mn kita nak iklan kan barangan tu dalam akaun instagram kita sebab selalunya lazada letak sekali dengan harga.
Tolong beri pencerahan pada soalan sy
Ikut kreativiti masing-masing.