Seminggu lebih monitor keadaan Haziq yang baru lepas berkhatan. Alhamdulillah, everything went well. Bebird Haziq sembuh dengan jayanya, dan betullah kata orang.. jaga bayi berkhatan memang mudah.
Definisi mudah yang dikatakan bukanlah bermaksud anak berkhatan diusia belasan tahun lebih payah nak jaga, tapi apa yang aku maksudkan adalah dari segi pemakanan dan penjagaan kebersihan bayi berkhatan, jauh lebih mudah nak diuruskan.
Bayi, tak perlukan pantang khas kerana mereka masih menyusu, dan untuk kebersihan pula cuma perlu dititik-beratkan kekerapan menukar lampin (diapers).
Okay, tergerak hati untuk berkongsi pengalaman ketika turut bersama-sama isteri menjaga Haziq, berikut adalah tips berkhatan bayi lelaki dan cara-cara penjagaan yang dipraktikkan agar luka berkhatan Haziq cepat sembuh.
1. Persediaan sebelum berkhatan (di hari bayi ingin dikhatankan)
- Pastikan bayi sihat (tak demam).
- Mandi dan bersihkan badan bayi terlebih dulu sebelum dikhatankan
- Bayi kenyang perut
- Bayi dah buang air besar
2. Sewaktu bayi dimasukkan ke bilik untuk berkhatan, seboleh-bolehnya cuba untuk tenangkan mereka. Baca bismillahirrahmanirrahim dan zikir lailahailallah banyak-banyak – For info, Haziq berkhatan di KPMC, Kajang. So, disini dia dibawa masuk ke bilik pembedahan.
3. Semasa prosedur dimulakan, ubat bius akan disuntik di 2-3 tempat sekitar bebird. Jadi peranan ibu atau bapa yang menemani bayi disini adalah dengan sentiasa memastikan bayi dalam keadaan tenang. Jangan cepat panik sekiranya bayi menangis apabila terkejut disuntik, mainkan peranan korang sebagai ibu bapa untuk kembalikan mood rileks bayi.
Untuk kes Haziq.. Setelah disuntik, doktor akan biarkan ibu atau bapa dukung bayi buat seketika untuk biarkan kesan ubat bius mula bertindakbalas. Dan so far melalui pengalaman Haziq tempoh hari, dia menangis tak lama. Tak sampai seminit sebelum ubat bius mula memberi kebaskan kulit bebird-nya, hanya selepas itu baru doktor mulakan proses mengkhatankannya.
Nota: Sepanjang prosedur berkhatan, cuba alihkan perhatian anak dengan bermain dengan mereka. Takut lah walaupun ketika itu anak tak merasa sakit, tapi kalau tiba-tiba anak meronta-ronta, terpotong benda lain pula. Hehehe.
Untuk makluman, sekiranya bayi berkhatan menggunakan kaedah plastibel, darah yang keluar agak minima. Ini kerana kulit lebih yang ingin dipotong akan diikat pada plastic ring. Dan juga melalui cara ini, bebird yang dikhatankan tidak perlu dijahit.
4. Selesai prosedur, doktor akan pakaikan lampin. Sekiranya ingin menggunakan lampin yang digunakan sebelum ini, ibu atau bapa perlu membuat pemeriksaan sama ada lampin pakai buang yang ingin dipakai dah dibasahi dengan air kencing ataupun tidak. Sekiranya ya ianya dipenuhi dengan air kencing, elok tukarkan sahaja dengan yang baru bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Nota: Beritahu awal-awal pada nurse atau doktor untuk membawa pulang lebihan kulit untuk ditanam. Sekiranya tidak diberitahu, dikhuatiri pihak hospital/klinik akan buang begitu saja dalam tong sampah.
5. Seterusnya sebelum pulang ke rumah, doktor akan bekalkan ubat PCM/tahan sakit yang akan bertindak mengurangkan rasa sakit.
Ubat ini, sebaiknya terus disuap pada bayi selepas dikhatankan, kerana dikhuatiri bayi akan mula terasa sakit selepas kesan ubat bius mula hilang (Untuk makluman, kesan kebas ubat bius hanya akan bertahan untuk tempoh 1 jam sahaja).
Nota: Cara mendukung bayi juga perlu dititikberatkan. Posisi mereka ketika didukung hendaklah menghadap kedepan, seperti yang ditunjuk dalam gambar dibawah.
Ini supaya tangan tidak terkena pada bebird bayi yang masih luka. Pastikan juga lampin pakai buang dipakai secara longgar, ini untuk membolehkan berlakunya pengudaraan yang baik yang akan mempercepatkan penyembuhan luka bebird bayi korang.
6. Next, penjagaan ketika berada di rumah. Sesampainya bayi dirumah, tempat tidur mereka adalah menjadi keutamaan. Merujuk kepada pengalaman kitorang menjaga Haziq, dengan hanya dipakaikan lampin pakai buang pada malam pertama, kakinya juga dipakaikan stokin bagi mengelakkan angin masuk ke dalam badan, dia kemudiannya ditidurkan diatas baby rocker.
Please take note, malam pertama selepas dikhatankan, tidur bayi tidak akan lena. Ini berkemungkinan disebabkan rasa tidak selesa yang wujud setelah bebird dikhatankan dan berkemungkinan juga bayi rimas setelah dipaksa tidur ditempat yang bukan menjadi kebiasaan mereka. *Tidur di rocker adalah bagi mengelakkan bayi yang tidur secara agresif daripada tertindih bebird nya yang masih luka basah. Namun pada hari-hari berikutnya, ianya bergantung kepada bayi sendiri (dalam kes Haziq, hari kedua dia sudah boleh tidur meniarap seperti sedia kala).
Jadi, para ibu bapa.. untuk malam pertama, sila bersedia mental dan fizikal untuk kerap berjaga tengah malam dan dodoikan bayi korang ya. Kalau tak nak pening, boleh jaga bergilir-gilir.
Oh ya, memandangkan lampin dipakai secara longgar, potensi untuk bocor kencing adalah sangat tinggi. Jadi, kalau korang ada bajet lebih, korang boleh gunakan disposable urine mat/changing mat untuk mengalas rocker, ataupun sekiranya kalau korang nak berjimat.. cari je alas getah.
6. Rutin penjagaan lampin bayi. Perlu diingatkan, lampin bayi perlu sentiasa kering dan bersih. Dinasihatkan, lampin ditukar setiap dua atau maksima 3 jam. Akan tetapi, sekiranya sebelum tempoh 2 jam lampin bayi dah penuh, boleh je tukar lagi sekali. *Jangan terlalu berkira untuk tukar lampin sehingga menyebabkan kawasan sekitar bebird menjadi lembap, ini boleh meningkatkan risiko untuk luka khatan dijangkiti kuman.
Nota: Ubat PCM/tahan sakit yang diberikan oleh doktor wajib diberi mengikut jadual supaya mereka kekal tidak merasa sakit.
7. Manakala untuk urusan memandikan bayi pula, berikut adalah tips yang boleh diamalkan – Sepanjang 7 hari pertama, bayi tidak dimandikan dengan air paip secara direct. Cukup sekadar dengan menyapu badan mereka dengan sedikit air ataupun dilapkan dengan menggunakan kain lembap.
Kemudian dibahagian kulit yang luka dititiskan dengan minyak gamat supaya luka cepat sembuh (ini adalah tips yang diberikan oleh Doktor Hassan, pakar di KPMC). *Sekiranya bayi membuang air besar, lampin perlu ditukar dengan kadar segera, supaya najis yang keluar tidak terkena pada luka berkhatan.
8. Kuping tertanggal – Mengikut rekod, kuping atau kulit mati pada plastic ring plastibel bebird Haziq mula tercabut pada hari ke-7. Pada ketika ini, Haziq dilihat sudah makin selesa bergerak.
Akan tetapi, walaupun kuping/kulit matinya sudah tertanggal, bengkak pada bebird-nya masih ada. Difahamkan oleh doktor, ia memerlukan masa sehingga 2 minggu untuk surut sepenuhnya.
Tapi, jangan risau. Walaupun bengkak masih kelihatan, Haziq dah sembuh dari luka berkhatan. Dah boleh melaram pakai baju dan seluar cantik-cantik, dukung pun dah boleh dukung macam biasa. Alhamdulillah. Yeay!
p.s: Kos untuk berkhatan Haziq, RM400. Phewwww.. berpeluh.
mudah khatan awal2 ni,budak tak sakit sangat tapi kena ajarkan terus bila dah faham kaedah bersuci dan beribadat nanti.
Senanglah berkhatan masa baby lagi, boleh teman ayah pergi masjid untuk solat
Tahniah BamPis. Kak Sal tiada kekuatan nak khatankan anak masa baby … huhuhu
TQ for sharing..tgh berkira2 nak antar baby sunat cuma x sure lagi bila… babanya pulak cakap kesian la..kecik lagi laa..adoiii pening la mami camni…
Tq bro share. Sgt2 membntu dgn info dan pengalaman bro dan isteri.