in

Tips Berjaya Dalam Dunia Blog


Sebenarnya jika diikutkan dari segi pencapaian peribadi, aku bukanlah orang yang sesuai ataupun layak untuk memberikan tips bagaimana untuk berjaya dalam dunia blog. Masih terdapat ramai lagi blogger-blogger diluar sana yang lebih hebat dan berilmu berbanding blogger picisan seperti diri aku ini.

Tetapi, sebagai salah satu cara untuk menghargai pembaca dan meningkatkan komunikasi diantara pembaca dan penulis..Aku akan cuba menjawab persoalan yang telah diajukan kepada aku baru-baru ini dengan sebaik mungkin.

mentor blogger

Okay..seperti yang aku ceritakan sebelum-sebelum ini, untuk menjana pendapatan melalui blog ianya tidak terhad kepada satu cara sahaja. Terdapat pelbagai cara yang boleh korang praktikkan diantaranya adalah melalui banner iklan, advertorial, penulis jemputan, contest blog, servis design, affiliate, webmaster dan bermacam-macam lagi. Setiap cara mempunyai kekuatan masing-masing, begitu juga skill yang diperlukan oleh seseorang blogger untuk menyesuaikan diri dengan cara tersebut.

Sebagai contoh, pendapatan blog aku lebih menjerumus kepada advertorial dan juga affiliate..mungkin sudah rezeki aku disitu kerana aku mempunyai sedikit kelebihan dari segi menulis entri-entri yang menarik minat orang lain untuk membaca. Alhamdulillah. Tetapi berbeza pula bagi sesetengah rakan yang lain, tidak semestinya mereka mempunyai kepakaran yang sama seperti aku. Ada segelintir daripada mereka yang pakar dalam bidang design, dan mereka lebih selesa menjana pendapatan blog melalui design-design yang dijual kepada orang lain..contohnya; design template, design baju, design doodle, design kraftangan dll.

Jobdirumah

Berbalik pula kepada persoalan mengenai Jobdirumah. Ia juga sebenarnya merupakan salah satu daripada cabang untuk menjana pendapatan melalui blog. Dan aku tahu kebanyakan orang diluar sana telah mengetahui bagaimana fungsi Jobdirumah berjalan..iaitu dengan mengumpulkan pelbagai jenis kerja online yang boleh dilakukan dirumah ataupun dimana sahaja asalkan mempunyai sebuah laptop dan juga sambungan internet.

Tetapi bagi yang belum mengetahui akan perkara ini, sebenarnya dalam masa yang sama Jobdirumah juga menawarkan sistem affiliate dimana jika seseorang itu yang telah berdaftar dengan Jobdirumah, dia sebenarnya layak untuk menjadi agen untuk mempromosikan Jodirumah itu sendiri dengan jumlah bayaran tertentu.

Komisyen Jobdirumah ke-4

Untuk memudahkan pemahaman korang, ini ayat mudahnya..korang mendaftarkan diri melalui Jobdirumah dengan bayaran RM50 seumur hidup, kemudiannya mempromosikan sistem mereka di blog dan jika ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan, insha Allah imbuhan diatas usaha korang itu pasti ada.

Okay..faham? Simple je kan. Rasanya macam aku dah terang apa yang perlu korang tahu kot. Cuma kalau ada yang masih tak faham, itu mungkin kena rujuk buku ini Kitab Teknik SEO Merah Jambu (dihentikan jualannya buat sementara waktu).

Untuk pendaftaran Jobdirumah pula, boleh daftar disini -> Daftar Jobdirumah, kini dikenali sebagai Task.my

Nota Penting

Menjana pendapatan melalui blog bukanlah sesuatu yang mudah. Perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan juga penulisan yang ikhlas dari hati. Ianya bukan skim cepat kaya, tetapi suatu pelaburan jangka masa panjang. Semoga berjaya bagi sesiapa yang ingin menceburinya. =]

p/s: Jangan panggil aku tok guru.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

24 Comments

Leave a Reply
  1. Masyuk dapat duit tu.. Memang kena bali kitab jambu tu la gaknya kalao nak tahu macam mana nak dapat duit dari blog. Ada yang belanja tak? hehe

  2. Masyuk dapat duit tu.. Memang kena bali kitab jambu tu la gaknya kalao nak tahu macam mana nak dapat duit dari blog. Ada yang nak belanja tak? hehe

  3. Macam macam care kita boleh buat duit dengan blog nie. Kalau nk senang, fokus satu2. Jangan hangat2 tahi ayam.

    Aku pun nk mohon tunjuk ajar jugak la…

  4. Terima kasih di atas perkongsian info… Semoga cik adik yang bertanya berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh bro Hafizrahim, salah seorang blogger terkenal di Malaysia..

  5. Perkongsian yang baik dan bermanfaat untuk diri ini. Terima kasih. Insyaallah akan dipraktiskan selalu untuk dapat banyak duit dari blogging

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *