Sebenarnya jika diikutkan dari segi pencapaian peribadi, aku bukanlah orang yang sesuai ataupun layak untuk memberikan tips bagaimana untuk berjaya dalam dunia blog. Masih terdapat ramai lagi blogger-blogger diluar sana yang lebih hebat dan berilmu berbanding blogger picisan seperti diri aku ini.
Tetapi, sebagai salah satu cara untuk menghargai pembaca dan meningkatkan komunikasi diantara pembaca dan penulis..Aku akan cuba menjawab persoalan yang telah diajukan kepada aku baru-baru ini dengan sebaik mungkin.
Okay..seperti yang aku ceritakan sebelum-sebelum ini, untuk menjana pendapatan melalui blog ianya tidak terhad kepada satu cara sahaja. Terdapat pelbagai cara yang boleh korang praktikkan diantaranya adalah melalui banner iklan, advertorial, penulis jemputan, contest blog, servis design, affiliate, webmaster dan bermacam-macam lagi. Setiap cara mempunyai kekuatan masing-masing, begitu juga skill yang diperlukan oleh seseorang blogger untuk menyesuaikan diri dengan cara tersebut.
Sebagai contoh, pendapatan blog aku lebih menjerumus kepada advertorial dan juga affiliate..mungkin sudah rezeki aku disitu kerana aku mempunyai sedikit kelebihan dari segi menulis entri-entri yang menarik minat orang lain untuk membaca. Alhamdulillah. Tetapi berbeza pula bagi sesetengah rakan yang lain, tidak semestinya mereka mempunyai kepakaran yang sama seperti aku. Ada segelintir daripada mereka yang pakar dalam bidang design, dan mereka lebih selesa menjana pendapatan blog melalui design-design yang dijual kepada orang lain..contohnya; design template, design baju, design doodle, design kraftangan dll.
Jobdirumah
Berbalik pula kepada persoalan mengenai Jobdirumah. Ia juga sebenarnya merupakan salah satu daripada cabang untuk menjana pendapatan melalui blog. Dan aku tahu kebanyakan orang diluar sana telah mengetahui bagaimana fungsi Jobdirumah berjalan..iaitu dengan mengumpulkan pelbagai jenis kerja online yang boleh dilakukan dirumah ataupun dimana sahaja asalkan mempunyai sebuah laptop dan juga sambungan internet.
Tetapi bagi yang belum mengetahui akan perkara ini, sebenarnya dalam masa yang sama Jobdirumah juga menawarkan sistem affiliate dimana jika seseorang itu yang telah berdaftar dengan Jobdirumah, dia sebenarnya layak untuk menjadi agen untuk mempromosikan Jodirumah itu sendiri dengan jumlah bayaran tertentu.
Untuk memudahkan pemahaman korang, ini ayat mudahnya..korang mendaftarkan diri melalui Jobdirumah dengan bayaran RM50 seumur hidup, kemudiannya mempromosikan sistem mereka di blog dan jika ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan, insha Allah imbuhan diatas usaha korang itu pasti ada.
Okay..faham? Simple je kan. Rasanya macam aku dah terang apa yang perlu korang tahu kot. Cuma kalau ada yang masih tak faham, itu mungkin kena rujuk buku ini Kitab Teknik SEO Merah Jambu (dihentikan jualannya buat sementara waktu).
Untuk pendaftaran Jobdirumah pula, boleh daftar disini -> Daftar Jobdirumah, kini dikenali sebagai Task.my
Nota Penting
Menjana pendapatan melalui blog bukanlah sesuatu yang mudah. Perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan juga penulisan yang ikhlas dari hati. Ianya bukan skim cepat kaya, tetapi suatu pelaburan jangka masa panjang. Semoga berjaya bagi sesiapa yang ingin menceburinya. =]
p/s: Jangan panggil aku tok guru.
Mohon berguru duhai tok guru blogger
jangan panggil gua tok guru..hahaha
Mohon beri saya tunjuk ajar ye. =)
masih merangkak lagi dalam bab2 ni…tunjuk ajarku sifu…hee 😀
Nak berguru jugak dengan tok guru..
ko lagi power dari aku kot..lagi mau berguru..hehe
wah, dah dapat title ‘Tok Guru’ tu… huhu~ baik tok guru…
Masyuk dapat duit tu.. Memang kena bali kitab jambu tu la gaknya kalao nak tahu macam mana nak dapat duit dari blog. Ada yang belanja tak? hehe
kena beli bro..wajib..hehe
Masyuk dapat duit tu.. Memang kena bali kitab jambu tu la gaknya kalao nak tahu macam mana nak dapat duit dari blog. Ada yang nak belanja tak? hehe
Macam macam care kita boleh buat duit dengan blog nie. Kalau nk senang, fokus satu2. Jangan hangat2 tahi ayam.
Aku pun nk mohon tunjuk ajar jugak la…
betul..jangan hangat2 tahi ayam
Wah beo memang terrer bab2 ni nanti boleh ajar ye
Terima kasih di atas perkongsian info… Semoga cik adik yang bertanya berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh bro Hafizrahim, salah seorang blogger terkenal di Malaysia..
Perkongsian yang baik dan bermanfaat untuk diri ini. Terima kasih. Insyaallah akan dipraktiskan selalu untuk dapat banyak duit dari blogging
tumpang menuntut ilmu juga dgn tok guru blogger
Tunggu tenaga pengajar belanja makan makan je nie…. lalalalala
aiyak..pengajar tu sape? hehehe
Hebat dan kagum
Apakah pengerasnya wahai mahaguru?
pengerasnya nasi kunyit ayam kampung bro…hehe
Awek ke yang roger tue Tok Guru he..23x
a’a..awek bro. mau no fon ka?
Masih lagi belajar.
InsyaAllah terus belajar.