in

Tips Supaya Daging Tahan Lama Kalau Berjalan Jauh


Tengah musim-musim raya ni, mood nak online pun boleh ke laut. Kiri kanan surau ada buat qurban aidiladha. Paling meriah di hari raya pertama, surau Bangi Perdana dekat kawasan rumah aku korbankan hampir belasan ekor lembu dan biri-biri.

Bawa Khair pergi tengok suasana berqurban, suka sangat dia. Ye lah, orang bandar. Jarang-jarang dapat tengok binatang ternakan macam ni. Bila dapat tengok, excited nya bukan main. Tak payah penat-penat pergi zoo. Hahaha.

Actually, bercerita tentang qurban.. teringat satu situasi masa aku kerja di Abu Dhabi pada tahun 2006 dulu. Alkisahnya nak bawa balik daging unta ke Malaysia. Fresh dari tanah arab. Rare oo!

Sebelum balik, hati agak risau dan tertanya-tanya macam mana aku nak bawa balik daging unta tanpa ada masalah dalam penerbangan nanti. Nak dimasukkan dalam beg macam tu je, takut darah meleleh. Nak letak dalam kotak polisterine, takut kena extra caj luggage. Huhuhu

So, kaji punya kaji.. usha punya usha dan tanya juga pada rakan-rakan senior yang pernah balik ke Malaysia.. katanya ada satu cara mudah.

Cara tersebut.. bekukan daging – Masukkan daging unta yang nak dibawa balik ke dalam ruang peti sejuk beku untuk semalaman. Kemudian masa nak bertolak keluar ke airport.. bungkuskan daging unta tersebut dengan 3 benda ni; Layer pertama guna aluminium foil, layer kedua guna kertas surat khabar dan layer ketiga guna tuala.

Result?

Ahaa.. selepas mempraktikkan tips diatas, 12 jam tempoh penerbangan balik ke Malaysia pun tak ada masalah. Even dah jejakkan kaki ke Malaysia, balik ke rumah, buka bungkusan.. daging unta yang dibawa pulang masih kekal beku. Hee.

p.s: Cuma tips ini boleh dipraktikkan sekiranya korang bawa balik daging unta itu dengan memasukkannya ke dalam bag hand carry. Kalau masuk luggage? Aku tak sure macam mana resultnya. Ala tapi.. daging sekilo dua masuk hand carry cukup dah. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Senanglah kalau macam tu. Bolehlah kirim kat jemaah haji tahun ini. Suruh mereka bawa balik 2 kilo daging unta dengan mengikuti tip yang bro sarankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *