in ,

Tip Penjimatan Tarif Elektrik Baru 2014


Tentang SEDA pernah cerita, tentang FiT pun pernah cerita. So, kali ini aku sambung pula dengan cerita, tarif elektrik baru tahun hadapan.

1hb Januari 2014, tarikh rasmi kenaikan tarif elektrik bagi seluruh Malaysia dan tidak dilupakan juga peningkatan bayaran surcaj atau kadar penggalak sebanyak 1.6% daripada jumlah bil bulanan.

Surcaj bil elektrik 2014

Aku pasti ramai yang risau akan isu ini. Betul tak?

Well..kalau siapa yang belum pernah terdedah kepada isu ini sememangnya ia adalah satu berita yang merisaukan. Tapi jika ditanya pada aku, secara jujurnya ia bukanlah satu isu yang perlu dirisaukan sangat.

Kenapa tidak perlu risau?

Mudah. Kerana, jika bil elektrik bulanan anda didalam anggaran RM77 kebawah yang bersamaan dengan penggunaan elektrik kurang daripada 300kWh, anda sebenarnya tidak akan terjejas langsung dengan tarif baru yang telah diumumkan ini. Rujuk kadar tarif dibawah:

Tarif elektrik baru 2014
Tarif elektrik baru 2014

Jika dilihat pada barisan pertama dan kedua, anda akan mendapati bahawa harga penggunaan bagi 300kWh elektrik yang pertama adalah masih sama dan kekal seperti tarif yang dikeluarkan pada tahun-tahun sebelumnya.

Jadi, jika bil anda sekarang RM50..bulan depan dengan kadar penggunaan yang sama, tetap juga akan RM50. Tiada sebarang kenaikan. Cuma, kenaikan bil elektrik hanyalah dikenakan keatas pengguna yang menggunakan elektrik melebihi 300kWh keatas sahaja.

Tapi, katakan lah bil elektrik anda sekarang Rm90. Sudah tentulah anda akan dikenakan tarif yang baru kan? So, bagaimana untuk menurunkan penggunaan elektrik hingga dibawah kadar 300kWh?

Okay, ada beberapa cara dan tips yang mudah untuk diikuti. Tips berikut adalah perkongsian yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya:

  1. Padamkan lampu dan perkakasan elektrik jika tidak digunakan, termasuk juga OFF televisyen dan komputer yang sering ditinggalkan didalam keadaan sleep mode.
  2. Elakkan penggunaan penyaman udara yang terlampau. Hanya selaraskan suhu kepada 22 hingga 26 darjah Celcius untuk mencapai keselesaan yang optimum.
  3. Jika penggunaan kerap penyaman udara tidak dapat dielakkan, pastikan penapis udara didalam keadaan bersih. Ini bagi mengelakkan unit penyaman udara menggunakan tenaga yang lebih untuk bekerja.
  4. Pemasangan langsir bagi mengelakkan kemasukan cahaya matahari secara terus.
  5. Memilih dan menggunakan peti sejuk yang menepati keperluan keluarga dan tidak dilupakan juga mempunyai label tenaga seperti dibawah.
    Label Tenaga Malaysia* Label tenaga adalah satu indikator untuk menilai kadar prestasi penggunaan sesuatu peralatan elektrik.
  6. Mengelakkan penyimpanan makanan yang masih didalam keadaan panas kedalam peti sejuk, kerana ia akan menyebabkan peti sejuk itu bekerja lebih keras untuk menyejukkan makanan.
  7. Penggunaan lampu LED sebagai pencahayaan didalam rumah kerana ia mampu menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 50%.
  8. Memasak air menggunakan dapur gas kerana ia lebih murah dan efisien.

Okay, dengan implikasi tips penjimatan yang diberikan ini ianya dapat membantu mengurangkan kadar penggunaan elektrik kita.  Sebenarnya ada lagi tips lain, cukup dulu dengan sebahagian daripadanya. Dalam entri akan datang aku akan kongsikan lagi.

Kesimpulannya, untuk mengelakkan kita daripada terjejas dengan kadar tarif yang baru. Penjimatan perlu dilakukan secara menyeluruh. Ini bukan sahaja mengajar kita untuk lebih berdisiplin malah ia juga membantu untuk memulihara alam sekitar untuk lebih sihat.

Rujukan mengenai SEDA Malaysia dan FiT boleh layari www.SEDA.gov.my


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

13 Comments

Leave a Reply
  1. sangat bermanfaat perkongsian tips penjimatan elektrik ini untuk kita semua amalkan.. yang no.8 tu baru saja aiza amalkan sejak masuk bulan disember.. tapi kena cari cerek yang berbunyi, nanti hangus pula sebab terlupa tutup api..

  2. Hurmmm…. kalau sebagai individu rasanya takdelah terasa sangat cuma ianya akan berikan kesan rantaian untuk barangan dan servis perkhidmatan lain….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *