Tingkatkan Trafik Blog Dengan Mudah

Kalau dah buat blog, perkara utama yang kita inginkan mestilah mempunyai pembaca blog yang ramai. Tak mungkin ada yang buat blog semata-mata untuk bacaan diri sendiri. Betul tak?

Pembaca blog ataupun boleh kita labelkan sebagai trafik blog, boleh dikategorikan kepada dua:

Trafik Organik – lebih kepada strategi penyusunan dan penggunaan SEO dalam entri kita. Maksudnya trafik yang datang ke blog tanpa dijemput dan kita tidak perlu bayar satu sen untuk mereka datang. Seperti trafik yang datang dari Google Search.

Trafik Berbayar – maksudnya kita membayar amaun tertentu kepada pihak tertentu untuk menarik trafik. Sebagai contoh menggunakan software seperti ReferrerX, sewa RSS feed di fanpage, sistem affiliate dan macam-macam lagi.

Diantara kedua-dua trafik ini, masing-masing mempunyai kelebihan sendiri. Bergantung kepada keperluan blog tersebut. Bagi Hafiz sendiri yang pernah menggunakan kedua-dua nya. Dan secara peribadinya Hafiz boleh katakan, trafik berbayar lebih sesuai digunakan sekiranya blog itu masih baru ataupun lebih pentingkan penjualan produk. Tetapi jika sesebuah blog itu sudah established atau well known seperti Denaihati dan Eyriqazz..Cukup sekadar penggunaan seo dan ping percuma di profile Facebook.

Dibawah Hafiz senaraikan antara tempat yang boleh menjadi punca trafik blog korang.

  1. Google (Percuma, cuma perlu submit url blog)
  2. Fanpage Facebook (sewa RSS feed fanpage yang bertotal like tinggi)
  3. Profile Facebook (Percuma, RSS feed di profile sendiri)
  4. Twitter (authorized RSS feed account ke profile Twitter) 
  5. Laman ping (Percuma, perlu submit permalink entry)
  6. Backlink (Percuma, kena rajin blogwalking dan komen)

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    50 Hari HafizRahim.Com

    Minimum Cash Out Says.My Dalam 4 Hari