Setahun yang lalu Google memperkenalkan AMP project (Accelerated Mobile Pages) pada umum. Kini, majoriti blog berautoriti tinggi telah melaksanakan tetapan ini pada blog masing-masing.
Fungsi utamanya hanya satu, iaitu menghasilkan blog yang ringan tanpa script-script berat yang melambatkan proses loading blog. Lebih menjimatkan masa, jimat data dan juga better experience kepada pembaca-pembaca diluar sana. Tak kurang juga, sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan SEO friendly pada sesebuah blog.
Blog hafizrahim.com juga baru-baru ini telah mengambil pendekatan yang sama dengan melakukan naik taraf ini.
Walaupun pada keadaan mobile optimized, blog ini boleh dikatakan memang dah load laju (dibawah 2 saat), namun dengan penggunaan AMP ianya menjadi lebih laju.
Untuk mendapatkan blog versi AMP ini, mudah saja. Dengan adanya pelbagai jenis plugin AMP didalam direktori WordPress.org, satu-satunya plugin AMP yang dilihat memberikan optimasi yang bersesuaian dengan blog hafizrahim.com, adalah sebuah plugin yang dipanggil Accelerated Mobile Pages.
Kelebihan plugin ini, dimana ia memberikan fungsi customization kepada pemilik blog untuk meletakkan iklan didalam blog, mempunyai related post, sharing button serta beberapa option lagi yang agak menarik.
Dari segi tetapan yang diperlukan juga agak senang dan ringkas. Anda cuma perlu install, aktifkan plugin serta on/off kan fungsi yang diinginkan bahagian tetapan AMP.
Siap!
Sehingga saat ini, selepas beberapa hari menggunakannya, aku dapati beberapa artikel blog hafizrahim.com versi AMP telah mula diterima oleh enjin carian Google, dimana sekiranya korang perasan terdapat simbol flash disebelah tajuk di hasil carian Google (menggunakan telefon pintar).. ya, itulah artikel blog versi AMP.
Cool kan? . 😉
Dibawah merupakan hasil pemeriksaan kelajuan blog dilaman GTMetrix, terdapat sedikit perbezaan dimana kemenangan berpihak kepada blog versi AMP.
Tetapi perlu dimaklumkan juga kepada semua, blog versi AMP adalah paparan blog yang lebih menyumbang kepada paparan basic sahaja. Sekiranya blog korang mempunyai popup box untuk mengumpul subscriber, follower dan sebagainya, ia akan tidak muncul sama sekali dalam paparan blog versi AMP.
p.s: Artikel ini hanya untuk pengguna WordPress.
Boleh la pasang pada blog saya nanti 🙂
Fuhh.. Hebat!
Blog dah semakin mantap… Tahniah!
Makin canggih sekarang nie.. boleh jimat data camnie.. ehehe
Bagus juga plugin ini, bagi yang dah pakai premium theme dah mobile friendly rasanya tak perlu dah tambah plugin ini.
waaa… hebat… nak try gak laa…
Apa jd pd iklan adaense dan sewaktu dgnnya kalau aktifkan amp?
Iklan adsense boleh guna dalam AMP, tapi kalo iklan dari nuffnang memang tak boleh sebab aku tengok takde lai dlam list yang ads yang AMP support. Tapi kalo ada yang tahu cam mana nak buat boleh share,
Mantab, aku nak coba itu kakak,,
Lajunya.. itu la kelebihan mengunakan wordpress.. banyak pluggin yang memudahkan para blogger. rasa macam nak pindah ke wordpress pula 😀