Tiket Percuma Final Piala Malaysia Kelantan vs ATM

Bahang Final Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) makin dirasai, lebih-lebih lagi bagi anak Kelantan sendiri. Sehubungan dengan itu mulai esok, UMNO bahagian Tanah Merah mengambil inisiatif untuk mengedarkan 5,000 keping tiket percuma kepada anak parlimen Tanah Merah yang berada di perantauan.

Tiket-tiket boleh didapati di Syarikat Perodua Noble Twin (M) Sdn. Bhd, Lot 1039, Jalan Enggang, Taman Keramat berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jalan Jelatek bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Pemberian tiket adalah berkonsep “Siapa Cepat, Dia dapat!“.

*Nota: Setiap anak kelahiran Tanah Merah yang telah berdaftar sebagai pengundi di kawasan Parlimen Tanah Merah layak menerima satu tiket setiap orang.

Pehh..Seronok tu. Dah lah pasukan negeri dapat masuk final, supporter dapat tiket free lagi. Untung betul. Hehehe.

p/s: Agak-agak pasukan mana yang akan menang nanti?

Update: Tiket Perlawanan Final Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dengan Kelantan telah mula dijual, untuk pembelian secara online boleh ke www.tickethotline.com.my

Harga bagi dewasa adalah RM40 dan RM5 untuk kanak-kanak.

Disclaimer: Entri ini tiada kena mengena dengan politik negara. Hanya hebahan mengenai tiket percuma yang akan diedarkan. Komen berunsur politik akan didelete oleh admin tanpa segan silu. TQ

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

13 Comments

Leave a Reply
  1. wah..bestnya.. dan, aku tak tau nak budget siapa yang bakal menang,sebab dua2 pasukan yang mantap..harapnya game yang bakal dipamerkan nanti adalah game yang berkualiti tinggi…hehehe

    • tu lah..harap-harapnya game tak ada berat sebelah..kalau tak, first half memang aku terus tutup tv..dah lah tak berapa nak minat bola..time-time final je baru nak tengok ni..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *