Weh.. Ada Tiket Murah Ke Bangi Wonderland!


Kali terakhir aku jejakkan kaki ke Bangi Wonderland adalah pada tahun 2016, yang mana pada waktu itu juga merupakan kali pertama aku pergi ke taman tema itu selepas tularnya isu air yang tak mencukupi ketika Bangi Wonderland baru dibuka.

Dek kerana tidak terpengaruh dengan tular yang tak tentu hala, aku ada berkongsi cerita sebenar tentang pengalaman beriadah di Bangi Wonderland. Secara jujurnya, pengalaman aku disana pada waktu itu memang menyeronokkan walaupun masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Akan tetapi sekarang dah masuk tahun 2018. Maka, dari segi logiknya sudah tentu infrastuktur dan servis juga sudah sedikit berubah, dan mengikut kata hati aku mengenainya mungkin ianya lebih baik berbanding dulu.

Jadi memandangkan tahun ini Haziq pun dah sedikit besar dan agak sesuai untuk dibawa berendam dalam air, maka tergerak hati aku nak bawa family aku ke sana sekali lagi. Hohoho.

Dan hendak dijadikan cerita, mungkin nasib baik menyebelahi aku kali ini bila mana di susur masa Facebook baru-baru ini, aku ada terlihat perkongsian daripada rakan tentang promosi harga istimewa yang ditawarkan oleh Bangi Wonderland; yang mana pada kebiasaannya pada hari biasa harga normal dikenakan untuk pemegang Mykad ialah RM58 seorang.

Akan tetapi bersempena dengan bulan kemerdekaan, harga istimewa telah diperkenalkan buat pemegang Mykad yang datang secara berkumpulan seramai 5 orang, layak membeli tiket dengan harga RM180 sahaja untuk hari biasa, hari minggu dan cuti sekolah, manakala harga sebanyak RM200 dikenakan pada tarikh 22hb & 31hb Ogos 2018 (cuti umum).

5 orang terlalu ramai?

Tak ada masalah. Bangi Wonderland turut menawarkan harga promosi untuk pakej 2 orang juga dimana mereka yang datang berdua dapat menikmati harga RM80 sahaja untuk hari biasa, hari minggu dan cuti sekolah, manakala harga sebanyak RM90 dikenakan pada tarikh 22hb & 31hb Ogos 2018 (cuti umum).

Well.. jika dikira secara total, ianya satu penjimatan yang banyak.

Namun, apa yang lebih menariknya disini yang ingin aku kongsikan kepada korang apabila bersempena dengan bulan kemerdekaan ini juga, Bangi Wonderland turut menjalankan satu kontes.

Kontes dimana aku ataupun korang sendiri berpeluang untuk memiliki pas masuk ke Bangi Wonderland secara percuma serta berpeluang untuk lepak santai dan makan-makan bersama artis pilihan. Kontes tersebut yang dinamakan, Gempak Merdeka.

Untuk menyertai contest ini mudah saja, apa yang perlu korang buat adalah dengan mengikut 3 langkah berikut:

  1. Share atau repost video di bawah ini dengan caption “Saya nak bersantai Gempak Merdeka bersama (Nama Artis – rujuk senarai dibawah) di Bangi Wonderland!”
  2. Tag Facebook Bangi Wonderland Themepark & Resort atau Instagram @officialbangiwonderland disertakan dengan hastag #GempakMerdeka2018
  3. Kemudian, hantarkan maklumat-maklumat peribadi berikut kepada Facebook Bangi Wonderland Themepark & Resort atau Instagram @officialbangiwonderland sebagai bukti penyertaan:
    • Screenshot post yang korang dah share/repost
    • Nama penuh
    • Nombor IC
    • Nama FB atau IG
    • Nombor telefon

Ya.. Mudah kan. Kempen ini adalah eksklusif dan terhad kepada 5 orang pemenang sahaja bagi setiap artis yang dipilih. Jadi, inilah peluang untuk korang pilih artis mana yang korang suka, ataupun boleh juga pilih artis berdasarkan tarikh yang korang rasakan sesuai:

  • 18 Ogos (Sabtu): Ella & Aishah
  • 19 Ogos (Ahad): Achey Bocey & Tomok
  • 25 Ogos (Sabtu): Nabila Razali & Sufian Suhaimi
  • 26 Ogos (Ahad): Black Hanifah & Hazama

Untuk maklumat lanjut mengenai kontes ini korang boleh layari laman web rasmi Bangi Wonderland di www.bangiwonderland.com.my, ataupun layari juga laman sosial mereka di Facebook.com/bangiwonderlandwaterpark dan Instagram.com/officialbangiwonderland. Jangan lupa kongsi berita gembira ini kepada rakan-rakan atau saudara-mara juga ya.



2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini