in

Tidak Semua Made in Japan Bagus


Seorang lelaki Jepun perlu sampai ke KLIA dalam masa yang segera. Dalam keadaan kelam kabut, dia menahan sebuah teksi untuk ke KLIA. Teksi itu adalah teksi Proton Preve. Pemandu teksi itu sememangnya patuh kepada undang-undang jalan raya, dia tidak akan melebihi had laju yang ditetapkan. Lelaki Jepun itu ternyata dalam keadaan terdesak dan hilang sabar. Satu per satu kereta memotong teksi tersebut, sehingga sebuah Mitsubishi Lancer memotong mereka.

Lelaki Jepun: Look..look..Mitsubishi!!..Very good!..Very fast!..Made in Japan!..Proton..No good..Made in Malaysia.

Pemandu teksi: ……(pemandu teksi mendiamkan diri)

Selepas beberapa ketika, sebuah kereta Honda Civic pula memotong teksi itu

Lelaki Jepun: Look..look..Honda!!..Very good!..Very fast!..Made in Japan!..Proton..No good..Made in Malaysia.

Pemandu teksi: ……(pemandu teksi mendiamkan diri)

Kemudian, giliran Nissan GTR pula

Lelaki Jepun: Look..look..Nissan!!..Very good!..Very fast!..Made in Japan!..Proton..No good..Made in Malaysia.

Pemandu teksi: ……(pemandu teksi mendiamkan diri lagi)

Sampainya mereka di KLIA. Lelaki Jepun itu ingin membayar pemandu teksi

Lelaki Jepun: How much?

Pemandu teksi: RM300

Lelaki Jepun: Wah..very expensive. You overcharge!

Pemandu teksi: No..No..You look..look..Sony meter!..Very good!..Very fast!..Made in Japan!

Haa..Tu la. Pengajarannya, bukan semua barang made in Japan tu bagus. Padan muka lelaki Jepun tu. Kutuk lagi barang Malaysia. Hehe


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. betul tu.. saya baru attend product presentation dari local company. Mereka kata produk mereka export ke Jepun, than dijual semula ke negara kita dgn harga 3 kali ganda.
    Ia menunjukkan org kita lebih suka barang buatan luar, walhal ia sbnrnya dari negara kita juga.

Leave a Reply to KiD Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *