Rutin harian, balik kerja, mandi, solat, makan malam lepas tu teman Khair layan cerita kartun dengan HyppTV. Tapi semalam nak dijadikan cerita, channel Cbeebies yang dia selalu tengok, tiba-tiba dah jadi preview channel.
Pada mulanya aku ingatkan ada masalah teknikal. Jadi, aku sebagai daddy yang prihatin, siap call dan tweet pihak TM untuk dapatkan penjelasan.
Melalui call, aku diberitahu bahawa system TM sedang mengalami masalah teknikal. Manakala, melalui Twitter pula aku diberitahu bahawa promosi “Jumbo Breakout” dah tamat.
Spontan difikiran aku.. What the heck? Bila masa TM ada buat promosi break out ni. Aku tak pernah tahu pun. Yang aku pernah ingat, TM cuma ada offer aku free upgrade untuk jadi 50Mbps.
So, keesokannya.. dengan persoalan yang masih berlegar-legar di kepala.. aku ajukan persoalan ini di dalam group WhatsApp, in case mungkin ada rakan-rakan yang pernah alami situasi yang sama.
Tetapi.. Seperti biasa..
Jawapan yang aku dapat agak mengecewakan. Majoriti tak layan HyppTV. Hahaha. Melainkan Dkna yang jawab.. HyppTV dia pun terjadi benda yang sama.
Namun, persoalan masih lagi tinggal tanda tanya sehingga memaksa aku call TM sekali lagi untuk bertanyakan situasi akaun HyppTV aku.
..
Tik tok tik tok..
..
Dipendekkan cerita, akhirnya melalui panggilan telefon kali ini, aku dapat jawapan kepada persoalan aku sebelum ini.
Yang mana.. memang betul pun tweet daripada TM yang menyatakan tentang promosi Jumbo Breakout yang aku mention tadi dah pun tamat.
So, untuk membolehkan Khair menonton kembali channel-channel yang dia suka, aku diberi pilihan untuk tambah pakej HyppTV yang menawarkan channel tersebut.
..
..
Demm.. duit nak terbang lagi ke..
..
..
Akan tetapi.. cerita ni tak habis macam tu je. Saja suspen.
Sebenarnya, aku diberitahu oleh pihak TM bahawa aku juga adalah subscriber pakej Aneka Pack. – What? Serius yang ni aku tak tahu, mungkin ter-missed masa dengar TM representative explain upgrade speed dulu. Hahaha.
Dan oleh kerana pakej Aneka Pack tersebut harganya sama dengan pakej Jumbo Lite Pack – RM30 (which is channel dalam Jumbo Lite Pack lebih banyak, dan ada channel yang Khair nak tengok).


Maka, sekiranya aku nak dapatkan balik channel yang Khair suka, aku cuma perlu swap saja antara kedua-dua pakej. TANPA APA-APA BAYARAN TAMBAHAN.
That’s it. So far, itu je the best option yang aku ada. Tanpa bertangguh, aku setuju. Case closed. Hahaha.
p.s: Nasib baik boleh swap pakej macam tu je. Kalau tak, terpaksa pasrah tiap-tiap bulan kena topup bil lagi RM30. Hohoho.