Tiba Masanya Servis Vios 170,000km

Servis untuk mileage 170,000 km. Meaning to say dah masuk kali ke 17 vios aku diservis. Setiap kali servis bila mileage cecah 10,000km.

Hari ini seperti yang sebelumnya, bawa vios servis di Toyota Balakong. Cuma yang berbezanya, kali ini datang after lunch.

Sebab pagi ada follow up checkup Haziq kat KPJ.

So, untuk servis 170,000km cuma minor servis; kena tukar minyak hitam, filter, engine flush dan beberapa lagi inspection item berdasarkan senarai Maxcheck Advance.

Servis vios untuk pemanduan yang lebih selamat.

Dan patutnya, diorang suggest untuk buat alignment dan balancing tayar juga. Tetapi disebabkan tayar aku dah memang tunggu masa nak kena tukar baru, so aku refuse untuk buat. Aku just bagitahu, masa nak tukar tayar nanti baru buat. Jimat masa. Hehehe.

So, mengikut senarai pemeriksaan yang dah dipersetujui oleh aku. Total damage untuk servis 170000km adalah RM400+.

Oh ya, total kos ini dah termasuk aku suruh diorang pasang balik klip bumper depan yang dah banyak patah. Lagi lama dibiarkan, makin merenggang bumper tu. Nampak cacat. Kos per pieces, RM3.70. – Ada 6 biji yang patah.

Kemudian tambah juga dengan radiator cap. Katanya getah radiator cap lama dah keras. So untuk elakkan daripada cecair coolant daripada radiator terkeluar melalui getah yang keras itu kemudiannya boleh menyebabkan engine overheat, tukar je lah awal-awal sebelum pening kepala kemudian hari. – Kos RM30+

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • One Comment

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Semak Berapa Banyak Masa Anda Telah Dibazirkan Dengan Fungsi iOS Tersembunyi Ini

    Mudahnya Keluarkan Duit Tanpa Kad ATM