in

Tiba Giliran Tukar Brake Pad Belakang Vios


Selepas 2 kali major servis vios aku, semalam kali pertama tukar brake pad untuk brake disc belakang. To be exact, lepas 5 tahun.. baru lah brake pad belakang dugong aku ini haus senipis-nipisnya.

Kalau ikutkan tempoh masa penggunaanya yang lama, kagum gak aku sebenarnya. Sebab jika dibandingkan dengan brake pad depan yang dah 2 kali tukar, brake pad belakang baru sekali.. Nisbah 2:1.

Well.. I think it’s normal kot since brake belakang bukan berfungsi sebagai brek utama untuk memberhentikan kenderaan. Just untuk support je. Correct me if I’m wrong.

Pergi kat kedai Silicon Auto yang pernah aku tukar brake pad vios aku ni satu ketika dulu, kali ni aku tak mempunyai fulus yang cukup untuk menggantikannya kepada brake pad original Toyota (nak raya lah katakan, banyak duit nak guna oo).

Selepas beberapa pertanyaan, cukup sekadar aku request untuk menggantikan brake pad yang telah haus itu kepada brake pad aftermarket keluaran tempatan.

Brand? AFI

Harga? Boleh lah. RM190 siap pasang semua.

Pemasangan tak mengambil masa yang lama pun. Disebabkan brake belakang aku adalah disc brake, so dalam masa 10 minit dah siap semua dah. Siap pasang, pomen test drive, bayar.. kemudian balik. Done.

p.s: Seriously, I don’t sense any different after using the original or aftermarket parts. Lebih kurang je cengkamannya. Mungkin kalau brake pad aftermarket ini digunakan untuk brake depan, perbezaan feel-nya lebih ketara kot.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply
  1. IQ dulu kemain pomen cakap jenama bosch la ape la, last2 rupanya pakai part perodua je, kena tipu den

  2. kalau benda yg melibatkan maintenance mmg kene ade tabung sendiri..tabung kenderaan haha..senang kalau ade pape..brake pad senang nk tau dah haus..bunyi annoying dia keluarkan haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *