Tiada Idea Menulis, Bagaimana?

Demam punya pasal, dah 3 hari tanpa update entri terbaru. Kalau ikutkan dalam hati ada macam-macam benda nak cerita, tapi bila mula menaip je terus stuck.

Tulis sikit..save as draft. Tulis sikit..save as draft lagi.

Hadoyai..inilah masalah utama bagi seorang blogger. Kalau masa tu idea memang dah tak ada, buatlah macam mana sekali pun.. memang tak akan keluar ayat-ayat yang super duper power.

Tapi..

Tapi..

Tak ada idea pun, dapat jugak aku keluarkan entri ni. Taip entri sambil layan cerita hindustan, Kabhi Khushi Kabhie Gham.

Korang jangan kutuk aku, bukan aku minat sangat. Disebabkan cik isteri minat cerita ni je, so aku pun terpaksa layan cerita yang sama. Pasangan yang baru lepas sambut anniversary kena lah sehati sejiwa kan (alasan). Hahaha.

Okay.. Okay.. Alang-alang dah cerita tentang betapa susahnya nak mendapatkan idea untuk menulis blog, apa kata korang baca ebook ini.. Rahsia Penulis. Isi kandungannya lebih kepada tips dan cara memahirkan diri dalam penulisan untuk menjana pendapatan sampingan, juga ada panduan mengenai buat duit dengan menulis blog (khas untuk blogger).

Alrite, malas dah nak taip panjang-panjang. Nak sambung layan hindustan pulak. Kalau ada yang rajin nak membaca entri-entri lama aku, boleh rujuk kat arkib. Dekat situ semua entri ada aku senaraikan. Dekat 500 dah kesemuanya. Mungkin korang boleh juga dapat idea daripada sana.

p/s: Dalam Facebook ramai kawan-kawan aku yang minat filem hindustan. Majoritinya lelaki. Hahaha

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply
    1. Gua pun tgh xde idea nak bikin entri kat blog gua..idea yg mencurah byk ni byk utk design tshirt je.. adui..entri event astro world cup hari tu pun x bikin lagi..xde idea siot

    2. Ayat terpaksa layan tu …. hahahaha…. apapun kalau boleh gua kasi cadangan : ” apa kata buat peta minda ” …. mungkin boleh datang idea yang baik kan…. hihihii

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Siapa Raja Teh Tarik?

    Wadihana Foodys Food Galore