Bagi sesiapa yang kebuntuan idea mencari tempat untuk korang luangkan masa bersama teman atau sahabat handai, kali ni biar Hafiz share satu tempat yang agak cool dan affordable untuk korang layan.
The Pool – salah satu lokasi yang berkonsepkan kontemporari. Terletak di tengah-tengah kota raya dan dimiliki oleh empunya restoran dan bar terkenal, The Hill di Damasara Heights. Ditambah pula dengan suasana tepi kolam dan layanan ultra VIP, pasti akan menghadiahkan korang satu kelainan dan pengalaman yang berharga (lagi-lagi bagi sesiapa yang teringin nak rasa jadi orang kaya).
Bukan itu sahaja, dengan persekitarannya yang open-air dan dapat mengelakkan asap binasa rokok terkumpul. Tidak keterlaluan jika Hafiz katakan tempat ini juga pilihan yang sesuai bagi sesiapa yang ingin mengadakan private atau special function.
Tapi kalau semua yang Hafiz mention kat atas tadi belum dapat mempengaruhi korang, cuba tengok gambar-gambar minuman kat bawah ni pulak.
Sure tangkap leleh kan? Dah tu tunggu ape lagi, plot dalam kalendar cepat bila nak pergi. Hehehe
347 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, MY.
Isnin dan Selasa – Tutup
Rabu hingga Sabtu – 5.00 petang hingga 3.00 pagi
Ahad – 4.00 petang hingga 3.00 pagi
Menarik juga tempat nie…
Ada masa boleh lepak sama di sini
Kalo dkna pergi sini mesti dapat masuk free kan heheeee
kalo nak pergi tak hajak, saje sangat la tu..hahaha
Tempat untuk bersantai dan menenagkan fikiran. 🙂
terbaek derr
perghhh.,….memang terbaik lah…