in ,

The Diamond Building


Ingat lagi tak tentang sebuah rumah di Melaka yang dibina berdasarkan konsep cekap tenaga? Rumah yang terletak di Bukit Katil dan dimiliki oleh Puan Stephanie Bacon dari London. Sebelum ini aku pernah menceritakannya didalam artikel lawatan bersama SEDA Malaysia.

Buat pengetahuan semua, melalui konsep cekap tenaga yang digunakan oleh Pn. Stephanie itu, kini beliau bukan sahaja menikmati tenaga elektrik secara percuma malahan beliau juga dapat menjana sejumlah wang setiap bulan hasil daripada pelaburannya keatas rumah tersebut.

Menarik bukan? Okay. Itu baru cerita mengenai rumah cekap tenaga.

Hari ini pula aku ingin bercerita tentang sebuah bangunan di Malaysia yang juga menggunakan konsep yang lebih kurang sama. Tetapi.. skop cekap tenaga bangunan ini dilihat lebih meluas dan berteknologi tinggi memandangkan kelebihan-kelebihan yang ada disana dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna.

The Diamond Building iaitu dalam bahasanya ialah bangunan berlian. Dibangunkan di Precint 2, Putrajaya, dan dimiliki oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Ianya telah menerima beberapa anugerah dan persijilan, diantaranya ialah ASEAN Energy Awards 2012 for Energy Efficient Building – New and Existing Category, Platinum Certificates for meeting the standard of the Malaysian Green Building Index (GBI) dan juga Singapore BCA Green Mark.

The Diamond Building
Sumber gambar: FB Suruhanjaya Tenaga

Hebat.. Memang hebat. Tapi rasanya masih ramai yang belum tahu akan perkara ini dan tak kurang juga masih ada yang tertanya-tanya akan kewujudan bangunan berteknologi hijau ini, betul tak?

Okay.. Merujuk kembali kepada fakta tentang bangunan The Diamond Building ini, ianya direka dan dibina berdasarkan konsep bangunan lestari (sustainable building) dimana rekaannya mengambil kira aspek-aspek seperti berikut:

  • Mengurangkan penggunaan bahan api fosil
  • Penjimatan air
  • Bahan binaan yang mampan
  • Mengelakkan atau mengurangkan pembaziran sisa pepejal
  • Persekitaran dalaman yang berkualiti
  • Pengurusan jalanraya dan kemudahan pengangkutan
  • Pelan pengurusan pembinaan dan perobohan

Dari segi rupa luaran pula ia diilhamkan sepenuhnya daripada rupa bentuk sebutir berlian. Bersesuaian dengan peranan dan misi Suruhanjaya Tenaga selaku badan kawal selia (regulatory body) kerajaan, ia melambangkan ketelusan, ketahanan dan sesuatu yang bernilai tinggi.

Selain daripada itu juga, beberapa fakta menarik tentang The Diamond Building yang perlu diketahui ramai:

  1. Kedudukan bangunan ini selaras dengan haluan cahaya matahari
  2. Permukaan bangunan yang condong (mengecil dibawah) membolehkan tingkat bawah diteduhi oleh bayangan tingkat atas, perlindungan daripada sinaran matahari yang terus kedalam bangunan dan juga tapak bangunan yang lebih kecil lantas memberikan ruangan landskap yang lebih besar.
  3. Mempunyai modul-modul solar fotovoltik berkapasiti 71.4 kWp yang dipasang di aras tertinggi bangunan 18 tingkat ini dan dikatakan mampu menjimatkan bil penggunaan tenaga elektrik hampir kepada RM400,000 setiap tahun.
  4. Permukaan kaca yang memantulkan haba tetapi membenarkan cahaya masuk kedalam bangunan.
  5. Penggunaan lampu fluorescent T5 yang lebih cekap tenaga menggantikan lampu fluorescent T8
  6. Mempunyai indeks tenaga sebanyak 85 kWh/m2/tahun, iaitu lebih sikit berbanding dengan indeks standard yang dikeluarkan iaitu 135 kWh/m2/tahun (MS1525).

Mengagumkan. Aku sendiri tidak tersangka sama sekali di dalam negara kita mempunyai bangunan yang berteknologi hijau seperti ini.

Dalaman The Diamond Building

Konsep The Diamond Building

Pemandangan dalaman The Diamond Building

Bagi aku sangat effisyen dan terlalu banyak tenaga yang dapat dijimatkan melalui konsep yang diketengahkan. Malah dalam masa yang sama juga apa yang dibina ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam usaha kita memulihara alam sekitar yang kian terjejas akibat kesan rumah hijau. Betul kan?

Jadi, bagi sesiapa yang berkemampuan dan berkeinginan untuk mempunyai teknologi hijau yang sebegini di kediaman sendiri ataupun mungkin ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana individu seperti Puan Stephanie Bacon dapat menjana duit bulanan hanya melalui konsep rumah mesra tenaganya, bolehlah mendapatkan maklumat-maklumat lanjut di laman web SEDA Malaysia www.SEDA.gov.my ataupun laman web Suruhanjaya Tenaga www.st.gov.my.

Sumber rujukan:

  1. https://www.st.gov.my/en/details/aboutus/9
  2. http://www.ballastshop.com/difference_between_tubes

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *