The Black Order Diperkenalkan Dalam Avengers: Infinity War

Masa bergerak pantas, tanggal 4 Mei 2018 nanti akan ditayangkan filem yang ditunggu-tunggu ramai, Avengers: Infinity War. Filem ini yang merupakan sebuah filem yang telah dirancang rapi selama 10 tahun oleh Marvel Cinematic Universe (MCU), menghubungkaitkan 16 buah filem keluaran Marvel sebelum ini.

Dengan pengumuman yang disiarkan secara langsung di konvensyen D23 di California baru-baru ini, terdapat beberapa petunjuk terkini akan gambaran sebenar filem gabungan superhero ini.

Tetapi antara yang paling menarik perhatian, ialah pengenalan kepada kemunculan The Black Order – iaitu sekumpulan watak jahat yang setia dibawah pimpinan Thanos. Mereka ini yang bersama-sama pemimpin jahat itu menceroboh ke bumi dalam misi menjayakan usaha mengumpul infinity stones.

Melalui infinity stones ini, Thanos – iaitu makhluk ganas dan maha kejam ini yang berkeinginan untuk menggunakan keupayaan infinity stones tersebut bagi membentuk Infinity Gauntlet (sarung tangan berkuasa), yang membolehkan dia berupaya memerintah alam semesta ini dengan kuasa mutlak.

Sedikit info mengenai makhluk-makhluk suruhan Thanos didalam kumpulan The Black Order adalah seperti berikut:

  • Corvus Glaive – merupakan jeneral (orang kanan) kepada Thanos, yang mempunyai kekuatan, kelajuan serta ketahanan yang tinggi dan juga mempunyai tombak berbilah yang mampu memotong apa sahaja permukaan. Apabila tombak berbilah itu dipegang oleh Corvus Glaive, dia akan memperoleh kuasa memulihkan diri yang membuatkannya bersifat abadi.
  • Proxima Midnight – Salah seorang daripada ahli kumpulan The Black Order, leftenan kepada Thanos dan juga isteri kepada Corvus Glaive. Dia adalah pahlawan terhebat dalam barisan tentera Thanos, juga mempunyai kekuatan fizikal yang tinggi serta tombaknya mampu mengeluarkan cahaya yang bertoksik.
  • Ebony Maw – Merupakan makhluk di dalam barisan The Black Order yang mempunyai keupayaan intelek bertahap genius, tidak berkebolehan untuk berlawan secara fizikal namun pakar dalam manipulasi serta pujuk rayu. Mampu mengambil alih pemikiran seseorang dan dirinya dilengkapi dengan medan daya yang kuat serta teknologi teleportasi.
  • Black Dwarf – Salah satu makhluk didalam barisan The Black Order yang mempunyai kekuatan luar batasan, berketumpatan tinggi serta memiliki kulit yang kalis tembus. Dia adalah adik kepada Corvus Glaive.

Selalunya dalam cerita superheroes yang dikeluarkan, dilihat watak penjahat akan datang sebagai watak stand alone. Tapi dengan maklumat yang dikeluarkan oleh Marvel ini, dapat dibayangkan plot penceritaan akan menjadi lebih menarik.

Seperti didalam filem Captain America: Civil War apabila berlakunya pertembungan dua pihak dia antara pihak Captain America melawan pihak Iron Man yang menjadikan babak-babak berlawan ini satu adegan yang cukup menakjubkan. Begitu juga yang mungkin berlaku dengan filem Avengers: Infinity War ini. Hoho, teaser demi teaser dikeluarkan.. rasa tak sabar nak tunggu filem ini keluar. #wajibtonton

Video dibawah merupakan antara teaser dan footage yang dirakamkan di konvensyen D23 di California.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *