in

Terpijak Landak Laut Di Pantai


Bila baca pengalaman orang yang dah kena landak laut ni rasa ngeri la pulak nak bawak anak pergi pantai. Ingatkan landak laut ni duduk kat tengah-tengah laut je. Rupanya boleh sampai ke pesisir pantai jugak.

Orang kata racun landak laut ni berbisa jugak, kalau kena.. worst case boleh menyebabkan kematian sebab antara gejala serius yang boleh wujud adalah sesak nafas. Fuh tak dapat bayang kalau kena kat family member yang ada sakit asma. Mintak simpang.

By the way, terjumpa perkongsian di Facebook berkenaan terkena duri landak laut ni.

TERPIJAK LANDAK LAUT DI PANTAI SEPAT KUANTAN

Assalamualaikum.Harini lily nak tulis panjang sikit siapa nak baca silakan kalau taknak tak apa scroll laju2 je ok☺️.

Harini nak cerita kes Keisha terpijak duri landak laut dekat pantai sepat. Ye ktorang memang kaki suka ke pantai kalau hari minggu dan tak pernah lagi dengar atau ternampak sejenis landak laut ni..
Dan bayangkan bila refer dekat HTAA, doktor pun cakap tak pernah dengar lagi kes landak laut di kuantan selalu ye obor2 la femes ye kalau ada pun atau luar dari kuantan..

Ok sambung balik cerita…

Semalam Keisha pergi pantai bukan dengan lily dia pergi dengan mak sedara dia dulu..dalam pukul 5ptg dia sampai..boleh refer gambar tengah seronok bermain..lily datang kemudian.

Otw lily nak pergi dekat sana, adik call bagitau yang kaki keisha tercucuk duri banyak-banyak tapi tak tahu apa..dia sempat snap gambar landak laut tu sebab nampak banyak dekat gigi air pantai spesis macam ni. gambar kaki keisha pun takut tengok tercucuk banyak2 duri tu. Boleh refer gambar kat bawah macam mana rupa landak laut tu.Adik lily cuba nak cabut tapi tak lepas sebab keisha dah menangis kuat cakap sakit.😞

Dari cerita keisha lepas die seronok dalam air dia nak pergi ke pasir nak amik cengkerang..dia rasa sakit pedih kat tapak kaki..dia duduk tengok kaki dia, pak sedara dia ada kat situ tanya dia kenapa terus dia tunjuk kaki dia, apa lagi meraung nangis la…sakit banyak duri tercucuk kat kaki..ada orang sekeliling yang tanya dan tengok bagitau yang keisha dah kena tercucuk duri ni kena bawak terus pergi klinik la.

Mula2 lily pergi refer klinik dulu tunjuk gambar landak laut tu klinik cakap tak boleh buat sebab takut ada bisa or racun kena terus pergi hospital…

So bermula la episode menunggu giliran di wad kecemasan dari pukul 6.30pm – 9.30pm baru panggil masuk.😏..Tidur bangun pun still no tak kena panggil lagi….

Disebabkan keisha budak lagi, so memang kulit budak tak setebal kulit org dewasa kena la 2 bius di tapak kaki nak bagi kebas senang nak cabut duri2 tu…tapi dah cucuk pun dia rasa jugak la pedih2 tu..bergabung la kami laki bini nak bagi die tak tendang doktor yang cabut duri2 tu..🤭

Alhamdulillah duri landak laut tak berbisa tapi kalau tempat terkena duri tu ada kemerahan bernanah kena refer hospital..Kena kerap cuci bersih tempat luka tercucuk duri. Dan duri ni kena cabut guna tangan tau sebab doktor cuba pakai pengepit,duri ni patah di bahagian atas jadi yang dah termasuk dalam kulit doktor terpaksa cungkil sedikit bagi keluar😞..ngilu

Jadi kepada semua kawan2 yang suka pergi ke pantai berhati-hati la bawak anak-anak sebab bila terkena anak2 kulit die lembut dan sakit dia kita tengok pun kesian.. kalau yang besar terkena boleh lagi nak tahan ni anak kecik lagi yang kena adoiii boleh tak korang bayangkan…

Semoga cerita lily ni sedikit sebanyak boleh beri peringatan kepada semua.. Mungkin jugak musim sekarang petang hujan lebat jadi landak laut ni air laut tolak sampai ke gigi pantai kot..Berhati-hati ye semua☺️✌🏼

Sekian. Terima kasih
mamakeisha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.